摘要:Kertas ini melakarkan sebuah konsep yang eksploratif bagi menganalisa ide asal sebuah universiti dan aplikasinya kepada universiti-universiti lain dalam dunia moden terutamanya dalam ASEAN dan Malaysia. Tradisi dan amalan universiti medieval boleh dilihat dan dirasai dalam organisasi dan operasi universiti-universiti moden seluruh dunia. Universiti-universiti Eropah telah memulakan inisiatif perubahan bagi memastikan perubahan-perubahan ini dapat mempertahankan kewujudan persekitaran pengajian tinggi yang kompetitif dengan membentuk penubuhan beberapa kesepakatan seperti Bologna Process dan Lisbon Convention dengan ASEAN dapat mengakurkan sesuatu persetujuan. Malaysia dan Kerajaan ASEAN masih belum memeteraikan apa-apa persetujuan yang lebih serius dalam mempersatukan sistem universiti. Penulis meragui jika universiti ASEAN yang bergerak bersendirian dapat memposisikan kedudukan melangkaui pesaing-pesaing dari bahagian lain dalam dunia