期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:1985
卷号:8
期号:1
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Kajian ini bertujuan untuk memeriksa pengaruh faktor sosio-ekonomi terhadap kesedaran pengguna. Seramai 90 orang responden iaitu 45 orang dari kawasan bandar dan 45 orang dari luar bandar telah dipilih secara rawak untuk kajian ini. Maklumat dikumpulkan melalui temubual berdasarkan kepada soalan-soalan yang dibentuk di dalam kertas soal selidik. Dua pembolehubah telah digunakan iaitu faktor sosio-ekonomi sebagai pembolehubah bebas dan kesedaran pengguna sebagai pembolehubah sandar. Ujian statistik Analisis varian dan Duncan's multiple-range' telah digunakan untuk memeriksa perbezaan di antara angkubah. Hasil kajian menunjukkan taraf kesedaran pengguna bandar lebih tinggi daripada pengguna luar bandar. Taraf kesedaran pengguna berbeza mengikut taraf pelajaran dan pendapatan. Beberapa cadangan telah diberikan berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima untuk memperbaiki keadaan tersebut.
关键词:Faktor sosio-ekonomi; kesedaran pengguna; hak pengguna; tanggungjawab pengguna; undang-undang perlindungan pengguna