期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:2001
卷号:9
期号:2
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan dan kerisauan pelajar dalam mempelajari komponen teras mata pelajaran Kemahiran Hidup. Seramai 146 responden menjadi subjek kajian. Kebanyakannya atau 76.7% merupakan pelajar sekolah menengah, selebihnya merupakan pelajar pendidikan guru dalam bidang pendidikan vokasional. Stres diukur dengan menggunakan item yang telah dibentuk sendiri oleh pengkaji dengan nilai alpha 0.68. Pelajar didapati paling stres apabila merasa bersalah kerana gagal mencapai apa yang diharapkan, dan merasa resah apabila menunggu keputusan ujian Kemahiran Hidup. Beberapa dapatan berbentuk kualitatif berkaitan dengan faktor yang menyebabkan stres dan kerisauan dibincangkan. Penyelidik telah menyenaraikan beberapa cadangan yang praktikal untuk menangani tekanan akademik pelajar Kemahiran Hidup. Proses pengajaran-pembelajaran komponen Kemahiran Manipulatif dan Perdagangan dan Keusahawanan perlu diperbaiki untuk mengurangkan stres pelajar,