期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
印刷版ISSN:0128-7702
电子版ISSN:2231-8534
出版年度:2001
卷号:9
期号:1
出版社:Universiti Putra Malaysia
摘要:Kajian ini mengenal pasti perkaitan antara sokongan sosial, kualiti hubungan anak dewasa dengan ibu bapa dengan kesejahteraan psikologi masing-masing. Perkaitan antara factor sosiodemografi (umur, jantina, status perkahwinan dan pendapatan) terhadap sokongan social serta kualiti hubungan antara anak dewasa dengan ibu bapa turut dikaji. Data 25 orang ibu, 25 orang bapa dan 50 anak dewasa menunjukkan kualiti hubungan yang tinggi akan menambahkan kesejahteraan psikologi anak dan ibu bapa. Anak dewasa muda dan ibu bapa yang berpendapatan tinggi mempunyai kualiti hubungan yang rendah. Anak dewasa muda juga jarang menerima sokongan sosial. Anak dewasa dan ibu bapa yang tinggal bersama perlu mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik antara mereka bagi menjamin kesejahteraan psikologi. Langkah-langkah perlu diambil bagi menggalakkan lagi persefahaman melalui komunikasi berkesan dan program-program perpaduan keluarga.
关键词:Sokongan social kualiti hubungan; kesejahteraan psikologi; anak dewasa; ibu bapa