首页    期刊浏览 2024年11月30日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pembangunan Ekonomi, Agihan Pendapatan dan Hipotesis U-Terbalik Kuznets: Penilaian Semula
  • 本地全文:下载
  • 作者:Rahmah Ismail
  • 期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
  • 印刷版ISSN:0128-7702
  • 电子版ISSN:2231-8534
  • 出版年度:2001
  • 卷号:9
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Putra Malaysia
  • 摘要:Semenjak Simon Kuznets mengemukakan Hipotesis U-Terbalik Kuznets pada tahun 1955, ramai pengkaji telah membuktikan kebenaran hipotesis ini. Hipotesis ini sebenarnya menghubungkan agihan pendapatan dengan tahap pembangunan negara dan mendapati bahawa hubungannya berbentuk U-Terbalik. Ini menunjukkan agihan pendapatan menjadi semakin tidak seimbang di peringkat awal pembangunan dan semakin seimbang apabila tahap pembangunan yang lebih tinggi dicapai. Pengukuran pembangunan yang digunakan oleh Kuznets dan pengkaji-pengkaji selepasnya adalah secara tradisional iaitu berdasarkan tingkat Keluaran Negara Kasar (KNK) atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita. Namun demikian pengukuran ini tidak dapat mencerminkan pembangunan sebenar kerana berdasarkan indikator ekonomi semata-mata. Konsep pembangunan yang lebih baik seharusnya merangkumi indikator-indikator sosial seperti kadar celik huruf, tingkat pendidikan, kesihatan, perumahan dan kemudahan-kemudahan social yang lain. Pengukuran terkini pembangunan telah dilakukan oleh United Nations dengan membentuk Human Development Index (HDI). Artikel ini cuba menganalisis semula hipotesis U-Terbalik Kuznets secara menghubungkan agihan pendapatan dengan HDI. Keputusan analisis ini kemudiannya akan dibandingkan dengan pendekatan Kuznets. Artikel ini juga cuba mengutarakan faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi agihan pendapatan sesebuah negara.
  • 关键词:Pembangunan ekonomi; agihan pendapatan; Hipotesis U-Terbalik; pekali Gini; Human Development Index
国家哲学社会科学文献中心版权所有