首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar
  • 本地全文:下载
  • 作者:Zarinah Arshat ; Rozumah Baharudin ; Rumaya Juhari dan Rojanah Kahar
  • 期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
  • 印刷版ISSN:0128-7702
  • 电子版ISSN:2231-8534
  • 出版年度:2002
  • 卷号:10
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Putra Malaysia
  • 摘要:Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara faktor latar belakang keluarga (pendidikan ibu, pendapatan keluarga dan bilangan anak) dan kualiti tingkah laku keibubapaan dengan penyesuaian tingkah laku anak (resiliensi, estim diri dan pencapaian akademik) dalam keluarga berisiko. Seramai 201 pasangan ibu-anak berbangsa Melayu dari kawasan luar Bandar negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor yang telah memenuhi kriteria (miskin dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 7-12 tahun) kajian dipilih sebagai responden kajian. Responden telah ditemu bual secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Kualiti tingkah laku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Supportive Parenting (Simons et al. 1992). Tahap resiliensi anak pula diukur menggunakan skala 'Resiliency Attitudes Scales' (Bischoe 8c Harris 1994). Tahap estim diri anak diukur berdasarkan 'Hare Self-Esteem Scale' (Hare 1985). Pencapaian akademik anak diukur berdasarkan skor lima mata pelajaran terpilih: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Agama Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa kualiti tingkah laku keibubapaan dan tahap penyesuaian tingkah laku anak adalah rendah. Pendidikan ibu didapati berkait secara signifikan dengan estim diri anak (r=0.18, p=0.05) dan pencapaian akademik (r=0.19, p=0.05). Keluarga yang berisiko tinggi dan mempunyai bilangan anak yang ramai didapati mempunyai anak yang rendah tahap pencapaian akademik dan resiliensi. Bilangan anak dalam keluarga didapati mempunyai perkaitan yang negatif dan signifikan (r=-0.16, p=0.05) dengan tahap resiliensi anak. Hasil kajian juga menunjukkan tahap risiko keluarga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian akademik anak (r=-0.26, p=0.01). Kualiti tingkah laku keibubapaan juga mempunyai perkaitan secara positif dan signifikan dengan tahap estim diri anak (r=0.17, p=0.05). Analisis regresi berganda menunjukkan tahap pendidikan ibu (?=0.16, p=.05) dan tingkah laku keibubapaan (?=0.15, p=.05) menyumbang secara unik terhadap estim diri anak (F=5.55, p=.05). Hasil kajian juga menunjukkan tahap pendidikan ibu (?=0.18, p=.05) menyumbang secara unik ke atas pencapaian akademik anak (F=2.87, p=.05). Kajian ini memberi implikasi bahawa pendidikan ibu dan tingkah laku keibubapaan mempengaruhi penyesuaian tingkah laku anak dalam keluarga berisiko di luar bandar.
  • 关键词:Tahap resiliensi; analisis regresi; estim diri; tingkah laku keibubapaan
国家哲学社会科学文献中心版权所有