首页    期刊浏览 2024年11月30日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Faktor-faktor Mempengaruhi Agihan Pendapatan di Malaysia 1970-2000
  • 本地全文:下载
  • 作者:Rahmah Ismail dan Poo Bee Tin
  • 期刊名称:Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
  • 印刷版ISSN:0128-7702
  • 电子版ISSN:2231-8534
  • 出版年度:2002
  • 卷号:10
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Putra Malaysia
  • 摘要:Pembangunan ekonomi Malaysia telah menyaksikan trend turun naik dalam ketaksetaraan agihan pendapatan di samping penurunan yang berterusan dalam kadar kemiskinan. Antara tahun 1957/58 sehinggalah 1999, berlaku peningkatan dan penurunan dalam ketaksetaraan agihan pendapatan. Pekali Gini telah mengalami peningkatan antara tahun 1957/58 hingga 1976, iaitu menunjukkan agihan pendapatan menjadi semakin tidak seimbang. Tetapi antara tahun 1976 hingga 1990, pekali Gini mengalami penurunan yang menggambarkan agihan pendapatan menjadi lebih seimbang. Malangnya antara tahun 1990 hingga 1997, pekali Gini sekali lagi meningkat, tetapi menurun sedikit pada tahun 1999. Objektif artikel ini ialah untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi agihan pendapatan di Malaysia melalui kaedah persamaan regresi dengan menggunakan data-data dari tahun 1970 hingga 2000. Di samping melihat kepada keseluruhan tempoh, analisis juga dilakukan dalam dua tempoh yang berbeza iaitu 1970- 1984 dan 1985-2000. Keputusan kajian ini menunjukkan pengaruh faktor-faktor yang dipilih terhadap agihan pendapatan adalah berbeza antara dua tempoh. Antara tahun 1970-1984, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, peratus guna tenaga dalam sektor industri, keterbukaan ekonomi, bayaran pindahan dan pelaburan langsung asing member pengaruh yang positif terhadap pekali Gini. Ini bererti peningkatan dalam pemboleh ubahpemboleh ubah ini meningkatkan lagi ketidakseimbangan agihan pendapatan. Dalam tempoh 1985-2000, pelaburan langsung asing masih mempunyai pengaruh positif terhadap pekali Gini di samping kadar celik huruf, kadar pengangguran dan buruh asing. Sementara kadar pertumbuhan KDNK per kapita, guna tenaga sektor industri dan bayaran pindahan memberi kesan negatif yang menggambarkan kenaikan dalam pemboleh ubah-pemboleh ubah ini akan menyebabkan agihan pendapatan menjadi lebih seimbang.
  • 关键词:Agihan pendapatan; pekali Gini; Keluaran Dalam Negara Kasar; bayaran pindahan; keterbukaan ekonomi
国家哲学社会科学文献中心版权所有