首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Konsep wanua dan palili di Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan (The connection between wanua and palili in the Confederation of Ajatappareng in South Sulawesi)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Abd. Latif ; Nordin Hussin ; Rahilah Omar
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:7
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kertas kerja ini akan membincangkan tentang konsep wanua dan palili dalam struktur kerajaan-kerajaan yang tergabung dalam Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan. Wanua dan palili adalah dua istilah yang digunakan oleh kerajaan pusat terhadap daerah bawahannya. Persoalannya, mengapa ada daerah bawahan yang disebut wanua dan yang lainnya disebut palili. Apakah kriteria yang mesti dimiliki oleh satu daera h untuk dikategorikan sebagai wanua dan apakah pula kriteria yang mesti dipunyai oleh satu daerah untuk dikategorikan sebagai palili. Adakah kedua-dua istilah ini mempunyai impak secara signifikan terhadap hubungan kekuasaan antara daerah dengan kerajaan pusat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanua adalah sebuah konsep tentang geografik yang penduduknya mempunyai hubungan saudara mara yang sangat rapat dengan lingkungan wanua. Bagi mengelakkan dari ditakluki oleh kerajaan yang kuat, maka beberapa wanua yang berjiran bersepakat bergabung untuk menubuhkan satu kerajaan. Sebaliknya, palili adalah sebuah konsep tentang hubungan kekuasaan antara kerajaan pusat dengan semua wanua di bawahnya. Semua wanua yang mula-mula bergabung menubuhkan kerajaan disebut palili passeajingeng. Kertas keraja ini akan membincangkan lebih mendalam tentang konsep wanua dan palili di Konfederasi Ajatappareng seperti palili passeajingeng, palili bassi dan palili napanoq rakkalana
  • 关键词:Ajatappareng; hubungan kekuasaan; konfederasi; palili; Sulawesi Selatan; wanua
国家哲学社会科学文献中心版权所有