首页    期刊浏览 2024年12月03日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pendapatan Bukan Pertanian dan Sumbangannya Dalam Memendekkan Tempoh Masa Keluar Daripada Kepompong KemiskinanNon-farm Income and its Contribution to the Time Taken to Escape from the Clutches of Poverty
  • 本地全文:下载
  • 作者:Siti Hadijah Che-Mat ; Nor’Aznin Abu Bakar ; Ahmad Zafarullah Abdul Jalil
  • 期刊名称:Kajian Malaysia
  • 印刷版ISSN:0127-4082
  • 电子版ISSN:2180-4273
  • 出版年度:2012
  • 卷号:30
  • 期号:2
  • 页码:121-141
  • 出版社:Universiti Sains Malaysia
  • 摘要:Artikel ini mengkaji kesan pendapatan bukan pertanian ke atas kemiskinan dan pengaruhnya terhadap tempoh masa yang diambil untuk keluar daripada kemiskinan. Data yang digunakan adalah berbentuk data primer yang diperolehi melalui soal selidik ke atas 384 isi rumah dalam kalangan petani di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Soal selidik dilakukan secara bersemuka antara bulan April hingga Disember 2008. Untuk menganalisis kesan pendapatan bukan pertanian ke atas kemiskinan, kajian ini menggunakan indeks FGT seperti yang dicadangkan oleh Foster, Greer dan Thorbecke. Sementara itu indeks yang diperkenalkan oleh Morduch telah digunakan untuk mengukur kesan pendapatan bukan pertanian ke atas tempoh masa keluar daripada kemiskinan. Kelebihan menggunakan kedua-dua indeks ini ialah ia boleh menilai kesan pendapatan bukan pertanian ke atas pengurangan kemiskinan dan kesan pertumbuhan pendapatan yang berbeza ke atas tempoh masa yang diambil untuk keluar daripada kemiskinan untuk kedua-dua kumpulan yang mempunyai dan tanpa mempunyai pendapatan bukan pertanian. Oleh itu, persoalan mengenai sama ada dengan mempunyai pendapatan bukan pertanian boleh memendekkan tempoh masa keluar daripada kemiskinan atau tidak akan terjawab. Keputusan kajian menunjukkan pendapatan bukan pertanian mampu mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 42.94%, manakala jurang kemiskinan berkurangan sebanyak 51.47% dan keamatan kemiskinan (severity of poverty) berkurangan sebanyak 55.72%. Keputusan kajian untuk tempoh masa keluar daripada kemiskinan menunjukkan petani yang mempunyai sumber pendapatan bukan pertanian mengambil masa lebih pendek daripada mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan bukan pertanian. Sebagai contoh, dengan kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah sebanyak 6.5%, tempoh masa keluar daripada kemiskinan bagi isi rumah yang mempunyai pendapatan bukan pertanian adalah 8.57 tahun. Walau bagaimanapun, dengan kadar pertumbuhan
国家哲学社会科学文献中心版权所有