首页    期刊浏览 2024年12月12日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Sokongan politik dan penglibatan masyarakat dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak (The imperative of political support and community participation in Malaysia’s poverty eradication: The case of the SPKR in Sarawak)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Kwok Chin Hoe ; Haris Abd. Wahab
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2013
  • 卷号:9
  • 期号:1
  • 页码:79-86
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini membincangkan persoalan pembasmian kemiskinan dengan meneliti tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dan hubung kaitannya dengan penglibatan masyarakat dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Usaha pembasmian kemiskinan secara menyeluruh memerlukan sokongan, komitmen dan penyertaan yang aktif dari kalangan masyarakat setempat. Namun begitu, kesediaan masyarakat untuk melibatkan diri pula dipengaruhi oleh pelbagai elemen. Artikel ini menghujahkan bahawa sokongan politik dan kerajaan tempatan yang tinggi adalah elemen yang akan membawa kepada tahap penglibatan masyarakat yang tinggi dalam program pembasmian kemiskinan. Penglibatan yang tinggi ini pula seterusnya menyumbang kepada kejayaan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan. Tinjauan soal selidik telah dijalankan terhadap 260 orang Ketua Isi Rumah (KIR) rumah panjang di Daerah Song, Sarawak. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menunjukkan majoriti daripada KIR beranggapan bahawa mereka mendapat sokongan politik dan kerajaan tempatan yang sederhana (38.1%) berbanding dengan rendah (33.5%) dan tinggi (28.5%) dalam pelaksanaan program di bawah SPKR di rumah panjang mereka. Analisis Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (P ≤ 0.05) antara tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan dengan tahap penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR. Penemuan ini menggambarkan semakin tinggi tahap sokongan politik dan kerajaan tempatan yang diterima oleh masyarakat, maka semakin tinggi tahap penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program.
  • 关键词:isirumah miskin; pembasmian kemiskinan; penduduk rumah panjang; penyertaan komuniti; sokongan;politik; sokongan kerajaan tempatan
国家哲学社会科学文献中心版权所有