首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pemetaan kegagalan cerun di Pulau Pinang dengan menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN) (Mapping slope failure vulnerability in Penang using Artificial Nervous Network (ANN))
  • 本地全文:下载
  • 作者:Nuriah Abd Majid ; Wan Mohd Muhiyuddin Wan Ibrahim
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2013
  • 卷号:9
  • 期号:1
  • 页码:30-41
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kegagalan cerun berlaku adalah bencana alam yang dicetuskan oleh faktor ruangan dan bukan ruangan, dan pembangunan yang tidak terkawal menyumbang kepada bencana ini. Di Malaysia yang pesat membangun, pemetaan zon kegagalan cerun adalah penting dalam usaha mencegah dan mengurus bencana alam. Dengan mengambilkira faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun, kajian ini bertujuan menghasilkan peta kebolehrentanan kegagalan cerun di Pulau Pinang menggunakan rangkaian saraf buatan (ANN) dengan pengintegrasian Sistem Maklumat Geografi. Hasil kajian ini adalah dalam bentuk pembangunan peta kebolehrentanan kegagalan cerun bagi mengenalpasti kawasan yang berpotensi mengalami kegagalan cerun. Lapisan-lapisan peta yang digunakan adalah seperti topografi (cerun, aspek, dan kelengkungan), jenis litologi, siri tanih, saliran, jalan raya, hujan, dan lineamen digunakan bagi membentuk pangkalan data ruangan dengan menggunakan GIS. Penghasilan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun adalah berdasarkan pada pemberat yang terdapat dalam ANN bagi menghasilkan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun yang mengklasifikasikan mudah kepada empat zon iaitu sangat rendah, rendah, sederhana, dan tinggi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa GIS yang bersama-sama dengan model ANN adalah satu pendekatan yang fleksibel dan berkemampuan untuk mengenal pasti kawasan berpotensi berlaku kegagalan cerun.
  • 关键词:GIS; kebolehrentanan; kegagalan cerun; litologi; pemetaan; rangkaian saraf buatan (ANN)
国家哲学社会科学文献中心版权所有