标题:Pembuatan keputusan kewangan: Kajian kes keluarga dwi-kerjaya di Malaysia (Financial decision making: A case study on dual-career families in Malaysia)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2012
卷号:8
期号:9
页码:53-59
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Makalah ini bertujuan mengenal pasti pola pembuatan keputusan kewangan keluarga dwi-kerjaya di Malaysia. Kajian dilakukan dalam kalangan pekerja sektor awam yang berkahwin dalam kumpulan pengurusan dan profesional, serta mempunyai pasangan yang juga berkerjaya dalam kumpulan profesional. Sejumlah 84 orang responden dilibatkan dalam analisis ini. Analisis statistik diskriptif digunakan dalam perbincangan. Tiga pola utama pembuatan keputusan kewangan ditonjolkan dalam dapatan ini, iaitu pembuatan keputusan oleh suami, pembuatan keputusan oleh isteri, dan pembuatan keputusan kewangan oleh suami-isteri. Hasil kajian mendapati pembuatan keputusan kewangan oleh suami adalah melibatkan perbelanjaan tinggi dan komitmen tinggi. Pembuatan keputusan oleh isteri pula lebih menjurus kepada perbelanjaan keperluan keluarga. Sementara pembuatan keputusan oleh suami-isteri adalah cenderung kepada keputusan yang berkaitan dengan keperluan anak-anak.
关键词:keluarga dwi-kerjaya; komitmen tinggi; pekerja berkahwin; pembuatan keputusan;kewangan; sektor awam; teori sumber