首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Keberkesanan GIS sebagai alat bantu mengajar konsep asas geografi kepada pelajar bukan-geografi (Effectiveness of GIS as a tool in teaching basic geographic concepts to non-geography students)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mokhtar Jaafar
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:3
  • 页码:82-92
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Sistem Maklumat Geografi sering dikatakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam mempertingkatkan kefahaman geografi di kalangan pelajar. Sehubungan itu kajian telah dilakukan bagi membuktikan premis tersebut dalam kalangan pelajar Sains Laut di UKM. Dua peringkat ujian dilakukan kepada 32 responden bagi menilai tahap kefahaman asas geografi mereka iaitu pada peringkat awal dan akhir perkuliahan dan aktiviti GIS. Secara umumnya, tahap kefahaman asas geografi responden pada peringkat awal adalah rendah. Responden gagal menyatakan istilah penting geografi seperti konsep ruang, tempat dan masa. Namun begitu, hasil kajian pada peringkat kedua membuktikan keberkesanan GIS dalam mempertingkatkan tahap kefahaman asas geografi dalam kalangan responden. Semua responden dapat mengemukakan kata kunci penting mengenai geografi dan berjaya menghubungkaitkan teknologi GIS dengan asas-asas geografi seperti data ruang, dimensi ruang, lokasi, entiti dan atribut. Kajian ini membuktikan keberkesanan GIS sebagai alat bantu mengajar konsep asas geografi yang sesuai terutama kepada pelajar yang tidak mempunyai asas geografi yang kukuh
  • 关键词:alat bantu mengajar; GIS; Geografi; pelajar; Sains Laut; Sistem Maklumat Geografi
国家哲学社会科学文献中心版权所有