首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Trend hujan jangkamasa panjang dan pengaruhnya terhadap hakisan permukaan: Implikasinya kepada tapak kampus baru Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim (Long-term rainfall trends and their effects on surface erosion: Implications for the Sultan Azlan Shah new campus site, Tanjong Malim)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohmadisa Hashim ; Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah ; Nasir Nayan
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:2
  • 页码:38-51
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Hujan merupakan salah satu elemen penting dalam proses dan perubahan bentuk bumi. Penganalisisan terhadap data hujan akan dapat menentukan pelbagai impak yang berlaku di atas permukaan bumi seperti kadar luahan, aliran permukaan, air dalam tanah, hakisan tanih, meramalkan dan menetukan kejadian banjir. Trend jangka panjang dan juga intensiti sering dikaitkan sebagai penyumbang kepada peningkatan kadar hakisan permukaan di kawasan yang dibangunkan. Dalam penulisan ini, fokus diberikan kepada tindakan hujan terhadap masalah hakisan tanih yang berlaku di tapak kampus baharu UPSI yang sedang dibangunkan. Penelitian terhadap ciri hujan, pengaruh angin monsun, trend hujan jangkamasa panjang serta perkaitan hujan dengan kejadian hakisan dilakukan. Hasil kajian menunjukkan trend hujan jangkamasa panjang di Tanjong Malim adalah meningkat dan sentiasa melebihi 2400 mm setiap tahun. Kawasan kajian sedang dibangunkan terletak di kaki bukit dan Banjaran Titiwangsa sentiasa menerima hujan lebat dengan jumlah yang tinggi dari jenis hujan bukit dan hujan perolakan. Selain itu, didapati bulan November dan April merupakan bulan-bulan yang mempunyai purata hujan bulanan yang tinggi. Jumlah hujan yang tinggi dan kerap menyumbang kepada kadar hakisan permukaan yang tinggi, menyebabkan banyak alur sungai semulajadi tertimbus, terbentuk alur-alur baharu seperti galir dan galur serta berlakunya proses pemendapan di kawasan sungai dan tasik. Analisis ciri-ciri hujan adalah sangat penting dalam menyediakan maklumat asas tentang potensi hakisan serta pengekalan paras air dalam kawasan tadahan serta membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pembukaan kawasan tanah secara besar-besaran di kawasan ini. Ciri dan trend hujan yang ditunjukkan dapat memberi gambaran tentang bagaimana aktiviti pembangunan yang ingin dijalankan perlu dirancang terlebih dahulu agar kesan negatif seperti hakisan tanih dapat dikurangkan
  • 关键词:hakisan permukaan; langkah mitigasi hakisan; pemendapan; pengurusan cerun; saliran tiruan; trend;hujan
国家哲学社会科学文献中心版权所有