首页    期刊浏览 2024年12月04日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:1.Amalan pengajaran pendidikan alam sekitar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang (The practice of environmental education at the Penang’s Teachers Training Institute)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Habibah Lateh ; Punitha Muniandy
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2012
  • 卷号:8
  • 期号:2
  • 页码:1-6
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pendidikan Alam Sekitar (PnAS) merentas kurikulum telah dilaksanakan sejak 1996 di dalam kurikulum pendidikan kebangsaan. Matlamat PnAS adalah untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan cinta akan alam sekitar demi masa depan yang mapan. Namun timbul persoalan sejauhmana guru-guru sekolah komited melaksanakan PnAS merentas kurikulum semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, kajian dijalankan terhadap guru pelatih KPLI ambilan Januari 2010 daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang. Kajian adalah untuk melihat hubungan tahap pengetahuan dengan amalan pengajaran pendidikan alam sekitar mengikut jantina. Analisis kebolehpercayaan terhadap instrumen amalan pengajaran PnAS mencatat nilai Cronbach Alpha 0.819. Analisis diskriptif, dan ujian-t dijalankan bagi melihat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan pendidikan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih mengikut jantina. Hasil analisis menunjukkan terdapat kesignifikan iaitu terdapat perbezaan tahap pengetahuan PnAS dan amalan pengajaran PnAS mengikut jantina dalam kalangan guru pelatih. Namun bagi memperolehi kajian yang komprehensif, kaedah kualitatif dicadangkan disamping mengambilkira faktor-faktor efikasi guru, pengalaman lepas dan sikap guru pelatih dalam melihat amalan pengajaran dan pembelajaran PnAS.
  • 关键词:amalan alam sekitar; guru pelatih; kursus perguruan lepas ijazah; pendidikan alam sekitar; pendidikan;rentas kurikulum; pengetahuan alam sekitar
国家哲学社会科学文献中心版权所有