首页    期刊浏览 2024年12月03日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kemandirian industri eko-pelancongan: Kes tarikan pelancong kelip-kelip Kg. Kuantan (The survival of an eco-tourism industry: Evidence from the Kg. Kuantan’s firefly tourist attraction)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mokhtar Jaafar ; Asmah Ahmad ; Zaini Sakawi
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2010
  • 卷号:6
  • 期号:3
  • 页码:89-97
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian mengenai kemandirian (survival) industri eko-pelancongan kelip-kelip telah dijalankan di Kg. Kuantan, Kuala Selangor, Selangor. Kajian ini tertumpu pada impak sosio-ekonomi yang diperolehi oleh pengusaha bot dan penduduk Kg. Kuantan serta kawasan sekitarnya. Sejumlah 30 pengusaha bot dan 80 responden terlibat dalam kajian ini. Hasilnya menunjukkan walaupun berlaku peningkatan pendapatan namun peningkatan tersebut adalah kecil, iaitu sekitar 3.5% sahaja. Meskipun begitu industri ekopelancongan kelip-kelip di Kg. Kuantan dijangka akan terus mandiri memandangkan terdapat petunjuk yang membuktikan kelangsungannya. Petunjuk pertama bilangan pengunjung yang masih bertahan manakala petunjuk kedua adalah kewujudan dan kelangsungan habitat kelip-kelip itu sendiri. Di samping itu pelbagai usaha pihak tertentu seperti pihak MDKS yang berterusan mempromosikan Kg. Kuantan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa pasti akan menarik minat lebih ramai pelawat berkunjung ke sini. Kesimpulannya, peningkatan bilangan pengunjung dan habitat kelip-kelip yang masih ada sekarang menjamin status kemandirian industri eko-pelancongan ini di Kg. Kuantan.
  • 关键词:bakau-berembang; eko-pelancongan; kelestarian habitat; kelip-kelip; impak sosio-ekonomi.
国家哲学社会科学文献中心版权所有