首页    期刊浏览 2024年12月03日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Memahami permasalahan pelancongan di Kundasang, Sabah: kekuatan dan kelemahan pendekatan positivisme (Explaining the problems of tourism in Kundasang, Sabah: the strengths and limitations of the positivist perspective)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Ramzah Dambul ; Amriah Buang
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2008
  • 卷号:4
  • 期号:1
  • 页码:20-31
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kertas ini secara asasnya cuba mengupas permasalahan pelancongan di Kundasang (Sabah) berdasarkan pendekatan epistemologi positivisme. Tujuannya ialah untuk (i) memaparkan beberapa aspek lahiriah (empirikal) kepincangan industri pelancongan di kawasan berkenaan, (ii) menjelaskan kepincangan ini dari perspektif postivisme sendiri, dan (iii) menunjukkan bagaimana penjelasan yang lebih bererti dapat dan harus didatangkan dari pendekatan-pendekatan epistemologi selain positivisme. Adalah didapati bahawa kekuatan perspektif positivisme ialah dalam mengenalpasti tiga faktor utama yang mempengaruhi kegagalan industri pelancongan sebagai katalis pembangunan Kundasang, iaitu pertumbuhan pusat urban yang lembab, kebocoran pendapatan, dan tahap ‛mandiri’ penduduk setempat yang lemah. Kelemahan perspektif positivisme ialah kegagalannya mengungkap dan menjawab dua persoalan kritikal yang mendasari permasalahan pelancongan di Kundasang, iaitu: (i) Mengapakah aliran modal asing yang masuk ke kawasan Kundasang gagal memberi kesan pengganda dan limpahan ekonomi di peringkat lokal ?; dan (ii) mengapakah kedatangan para pekerja migran yang agak besar jumlahnya tidak memberi sumbangan kepada pertumbuhan fungsi runcit dan perkhidmatan urbanisasi di Kundasang? Kertas ini menyimpulkan bahawa jawapan kepada dua persoalan dasar itu memerlukan aplikasi pendekatan bukan positivism.
  • 关键词:epistemologi; industri pelancongan; kesan limpahan; penerangan; positivisme; Sabah
国家哲学社会科学文献中心版权所有