标题:Tepubina bandar: Isu dan kaitannya dengan kesihatan ekosistem lembangan saliran (Urban imperviousness: Issues and implications to the ecosystem health of a river basin)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2007
卷号:3
期号:1
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Penyelidikan terhadap pengaruh tepubina bandar terhadap tahap kesihatan ekosistem lembangan menjadi agenda utama di dalam penyelidikan hidrologi lembangan saliran, sama ada di negara maju mahupun di negara membangun. Kertas ini bertujuan mengutarakan tepubina bandar sebagai petunjuk kesihatan ekosistem sungai dengan mengupas isu-isu global dan lokal yang berkait rapat dengan tepubina bandar, pembangunan metodologi penyelidikannya dan hubungkaitannya dengan pengurusan lembangan saliran serta meninjau potensi kepenggunaannya sebagai satu petunjuk kesihatan ekosistem lembangan saliran di Malaysia. Penelitian yang dilakukan di sub-lembangan Langat Stesen Bt 11 telah membuktikan kesan peningkatan kawasan tepubina terhadap kualiti air sungai. Peningkatan kawasan bandar dan tepubina yang menjadi petunjuk kepada pertambahan aktiviti pembangunan fizikal bermula pada tahun 1988 telah dilihat menyumbang kepada peningkatan pepejal terampai (SS) dalam air sungai. Pertambahan penduduk akibat proses perbandaran dapat dikaitkan dengan pertambahan bahan buangan domestik serta kumbahan yang mengakibatkan parameter seperti COD, BOD dan Ammonikal-Nitrogen mencatatkan tahap pencemaran yang serius. Kertas ini menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya piawai peratusan tepubina yang disarankan oleh model Schueler (1994) boleh dijadikan sandaran untuk merancang pembangunan bandar baru mahupun membina semula infrastruktur bandar khususnya sistem saliran bandar bagi mengelakkan masalah alam sekitar seperti pencemaran air dan banjir kilat.
关键词:buangan domestik; hidrologi lembangan; kesihatan ekosistem; model Schueler; pepejal;terampai; tepubina bandar