首页    期刊浏览 2024年12月03日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pembangunan Tanah Hutan Dan Fenomena Banjir Kilat: Kes Sungai Lembing, Pahang.
  • 本地全文:下载
  • 作者:Noorazuan Md Hashim ; Sulong Muhamad ; Kadaruddin Aiyub
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2011
  • 卷号:6
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Banjir kilat yang berlaku dalam masa yang singkat (kurang daripada 6 jam) berupaya untuk meningkatkan paras air sungai secara mendadak. Kebanyakan banjir kilat yang berlaku memberi perhatian kepada banjir di kawasan tanah rendah. Bagaimanapun, kajian di Sungai Lembing yang terletak di kawasan tanah tinggi, lebih kurang 45 km dari pinggir pantai Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kajian ini cuba meneliti kesan perubahan guna tanah dan perubahan hidrologi di Lembangan Sg Kuantan bermula pada 1980 sehinggalah pada tahun 2002. Kajian ini mendapati penyahhutanan kawasan tanah tinggi (khususnya pada tahun 1990-2000) telah mengubah entiti kitaran hidrologi lembangan dan juga mengubah aliran rendah sungai berkenaan. Modifikasi alur termasuk pelurusan sungai dan pembinaan tebing konkrit meningkatkan puncak luahan di kawasan tanah rendah terutamanya di Jalan Panching dan Sg Isap, Kuantan. Pengurangan litupan vegetasi di tanah tinggi juga telah mengurangkan masa memuncak hidrograf. Hasil soalselidik dan temubual penduduk dan pengusaha chalet juga telah mengesahkan faktor aktiviti pembalakan haram merupakan faktor pencetus kepada banjir kilat di kawasan tersebut
  • 关键词:Banjir kilat; guna tanah; luahan sungai; puncak luahan; pembalakan
国家哲学社会科学文献中心版权所有