首页    期刊浏览 2024年12月06日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Penilaian Kesesuaian Prasarana Pendidikan Melalui Proses Hirarki Analitik Di Kuala Lumpur
  • 本地全文:下载
  • 作者:Noorazuan Md. Hashim ; Yusof Ibrahim ; Sulong Mohamad
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2011
  • 卷号:6
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Penyediaan kemudahan dan prasarana pendidikan telah dijadikan sebagai suatu agenda utama dalam pembangunan di Malaysia. Bagaimanapun, isu pembangunan sekolah dan peletakan lokasi sekolah telah mengujudkan perdebatan hangat di kalangan masyarakat. Ini adalah kerana lokasi dan peletakan sekolah baru adakalanya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk setempat. Kajian ini menilai tahap kesesuaian sekolah rendah sediada di Zon Strategik Sentul-Manjalara pada tahun 2007. Ia dilakukan bagi mengenalpasti aspek penambahbaikan perancangan dan pembangunan pendidikan di kawasan tersebut. Tujuh parameter penting yang mempengaruhi proses penilaian kesesuaian sekolah dipilih termasuk saiz dan tapak sekolah, jumlah dan nisbah bilik darjah dengan kelas. Memandangkan pemilihan dan penilaian tapak sekolah melibatkan pelbagai kriteria dalam membuat keputusan, kaedah proses hirarki analitik digunakan bagi membentuk skor dan pemberat bagi setiap parameter berkenaan. Hasil kajian mendapati, daripada 47 buah sekolah sediada, hanya 20 buah sekolah adalah dalam kategori sesuai-paling sesuai, manakala selebihnya (27 buah sekolah) adalah dalam kategori agak sesuai hingga kurang sesuai berdasarkan kepada kriteria yang dipilih melalui analisis berkenaan. Hasil aplikasi proses hirarki analitik telah menunjukkan proses membuat keputusan dan pemilihan tapak sekolah adalah lebih efisien dan bersepadu. Bagaimanapun, hasil kajian berkenaan masih memerlukan pandangan pakar di Jabatan berkaitan untuk pengesahan dan penambahbaikan.
  • 关键词:Prasarana pendidikan; Analisis kesesuaian; Proses hirarki analitik; sekolah
国家哲学社会科学文献中心版权所有