首页    期刊浏览 2024年12月13日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Depresi Dan Kualiti Hidup Kesihatan Pesakit Buah Pinggang Tahap Akhir
  • 本地全文:下载
  • 作者:Norhayati Ibrahim ; Asmawati Desa ; Norella Kong
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2011
  • 卷号:6
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Artikel ini membincangkan mengenai tahap depresi dan hubungannya dengan kualiti hidup kesihatan di kalangan pesakit buah pinggang tahap akhir (BPTA) yang menjalani rawatan hemodialisis (HD) di Malaysia. Seramai 183 orang pesakit hemodilisis di bawah pengurusan pusat perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan pusat dialisis amal MAA-Medicare telah dijadikan subjek kajian. Beck Depression Inventory 11 (BDI 11) telah digunakan untuk mengukur tahap depresi dan Short- form 36 (SF-36) bagi mengukur kualiti hidup kesihatan pesakit. Pengumpulan data melalui temuduga berstruktur telah dijalankan di antara November 2008 hingga Julai 2009. Kajian ini berbentuk kajian rentas dan data dianalisis menggunakan ujian t, ANOVA dan korelasi Pearson. Keputusan menunjukkan sebanyak 8.2% pesakit HD mengalami depresi yang teruk dan terdapat hubungan yang negatif di antara depresi dan kualiti hidup kesihatan pesakit. Dapatan kajian ini menggambarkan bahawa semakin tinggi depresi di kalangan pesakit hemodialisis maka semakin rendah kualiti hidup kesihatan mereka.
  • 关键词:Depresi; kualiti hidup kesihatan; hemodialisis; penyakit buah pinggang tahap ;akhir
国家哲学社会科学文献中心版权所有