首页    期刊浏览 2025年02月28日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Penganggaran Kadar Hakisan Tanih Jangka Pendek Dan Jangka Panjang Menggunakan Teknik Radionuklid.
  • 本地全文:下载
  • 作者:Jaafar, M.
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2010
  • 卷号:5
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Teknik radionuklid 7Be telah digunakan untuk menganggarkan kadar hakisan tanih jangka pendek manakala 137Cs pula untuk jangka panjang, di Ladang Dalwood, Devon, England. Persampelan tanih secara transek dilakukan pada awal musim hujan (November 2004) bagi pengukuran hakisan tanih jangka panjang, manakala persampelan tanih bagi pengukuran jangka pendek pula adalah pada Januari 2005. Hasilnya menunjukkan kadar bersih hakisan tanih jangka panjang adalah 3.4 t ha-1 thn-1 manakala bagi jangka pendek pula adalah 24.2 t ha-1. Ini membuktikan berlaku pemindahan sedimen daripada ladang jagung tersebut ke sistem saliran berdekatan. Nisbah penghasilan sedimen pula menunjukkan peratusan sebanyak 77% bagi tempoh jangka pendek dan 33% bagi tempoh jangka panjang. Secara bandingan, kadar hakisan daripada sesuatu kejadian hujan semasa adalah tinggi dan lebih banyak sedimen diangkut keluar daripada ladang tersebut manakala kadar hakisan bagi tempoh lebih kurang 30 tahun adalah sederhana dan proses pemendapan sedimen berlaku di sepanjang cerun. Kajian ini membuktikan amalan membiarkan permukaan tanih di ladang jagung tanpa pendekatan mesra alam telah meningkatkan kadar hakisan dan penghasilan sedimen di dalam sistem saliran berdekatan.
  • 关键词:Hakisan Tanih Jangka Pendek; Hakisan Tanih Jangka Panjang; Teknik Radionuklid; 7Be; 137Cs
国家哲学社会科学文献中心版权所有