首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pembangunan Dan Impak Terhadap Keselamatan Dan Kesejahteraan Penduduk Setempat: Analisis Jaringan Di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor
  • 本地全文:下载
  • 作者:Choy, E. A. ; Rostam, K. ; Mohamed, A. H.
  • 期刊名称:e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities
  • 电子版ISSN:1823-884X
  • 出版年度:2009
  • 卷号:4
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • 摘要:Aktiviti pembangunan menghasilkan kesan ke kawasan sekitarnya terutama dari segi pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruktur asas dan eksploitasi sumber. Artikel ini bertujuan menganalisis impak pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) khususnya pembangunan perindustrian terhadap alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat. Analisis jaringan dilakukan untuk mengkaji jaringan antara kerajaan, industri serta masyarakat dalam usaha menangani isu alam sekitar. Data sekunder diperolehi daripada laman web WPI Johor, Pejabat Pengurusan Wilayah Iskandar Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pihak Berkuasa Tempatan. Data primer diperolehi melalui temu bual berdasarkan set soalselidik dengan penduduk setempat pada bulan November 2009 hingga Januari 2010. Kajian lapangan tersebut bertujuan memperolehi persepsi penduduk setempat tentang impak pembangunan WPI terhadap alam sekitar. Kaedah pensampelan berkelompok digunakan untuk memilih 100 orang responden. Maklumat juga diperolehi melalui analisis kandungan dokumen berkaitan serta temu bual dengan informan utama. Data terkumpul diproses dengan program SPSS dan dianalisis menggunakan korelasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencemaran alam sekitar dengan aktiviti perindustrian (rs = 0.257, p
  • 关键词:Analisis Jaringan; Kesejahteraan dan Keselamatan; Pembangunan Perindustrian; Alam Sekitar; Wilayah Pembangunan Iskandar
国家哲学社会科学文献中心版权所有