首页    期刊浏览 2025年03月01日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:PEMBELAJARAN BERASASKAN SIMULASI DALAM PENGURUSAN BENCANA: APAKAH PERSEPSI PELAJAR SEPARA PERUBATAN?
  • 本地全文:下载
  • 作者:Ismail M. Tahir ; Alias Mahmud ; M. Norais
  • 期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
  • 电子版ISSN:1985-5826
  • 出版年度:2020
  • 卷号:12
  • 期号:2
  • 页码:1-16
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pembelajaran secara simulasi merupakan satu kaedah pengajaran yang efektif dan tidak asing lagi dalam pendidikan perubatan. Kaedah ini boleh meningkatkan kefahaman dan kompetensi pelajar melalui integrasi teori dan praktis dalam pengurusan pesakit termasuk pengurusan sesuatu bencana. Pengajaran simulasi dijalankan dengan mewujudkan senario yang kompleks sesuai dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti persepsi pelatih separa perubatan terhadap pembelajaran berasaskan simulasi dalam pengurusan bencana. Kaedah yang digunakan adalah tinjauan kajian keratan rentas dengan menggunakan borang kaji-selidik yang telah diedarkan kepada 110 responden iaitu 46 pelatih Diploma Pembantu Perubatan Seremban dan 64 pelatih Diploma Kejururawatan Kuala Pilah. Semua responden yang dipilih merupakan mereka yang telah terlibat dalam pembelajaran secara simulasi pengurusan bencana. Hasil kajian menunjukkan persepsi responden adalah amat positif iaitu 81.8% bersetuju simulasi dapat meningkatkan pengetahuan, dengan purata skor 3.90, 77.3% bersetuju simulasi dapat meningkatkan kemahiran dengan purata skor 3.87 dan 83.6% bersetuju simulasi dapat mengubah menjadi sikap positif dengan purata skor 3.90. Manakala ujian statistik chi-kuasa dua mendapati tidak terdapat hubungkait antara demografik dengan persepsi pelajar terhadap pembelajaran secara simulasi. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran berasaskan simulasi dapat membantu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan membawa kepada perubahan sikap yang positif. Selain itu kaedah ini boleh dipraktikkan kepada semua kategori pelajar termasuk usia yang berbeza.
  • 其他摘要:Pembelajaran secara simulasi merupakan satu kaedah pengajaran yang efektif dan tidak asing lagi dalam pendidikan perubatan. Kaedah ini boleh meningkatkan kefahaman dan kompetensi pelajar melalui integrasi teori dan praktis dalam pengurusan pesakit termasuk pengurusan sesuatu bencana. Pengajaran simulasi dijalankan dengan mewujudkan senario yang kompleks sesuai dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti persepsi pelatih separa perubatan terhadap pembelajaran berasaskan simulasi dalam pengurusan bencana. Kaedah yang digunakan adalah tinjauan kajian keratan rentas dengan menggunakan borang kaji-selidik yang telah diedarkan kepada 110 responden iaitu 46 pelatih Diploma Pembantu Perubatan Seremban dan 64 pelatih Diploma Kejururawatan Kuala Pilah. Semua responden yang dipilih merupakan mereka yang telah terlibat dalam pembelajaran secara simulasi pengurusan bencana. Hasil kajian menunjukkan persepsi responden adalah amat positif iaitu 81.8% bersetuju simulasi dapat meningkatkan pengetahuan, dengan purata skor 3.90, 77.3% bersetuju simulasi dapat meningkatkan kemahiran dengan purata skor 3.87 dan 83.6% bersetuju simulasi dapat mengubah menjadi sikap positif dengan purata skor 3.90. Manakala ujian statistik chi-kuasa dua mendapati tidak terdapat hubungkait antara demografik dengan persepsi pelajar terhadap pembelajaran secara simulasi. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran berasaskan simulasi dapat membantu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan membawa kepada perubahan sikap yang positif. Selain itu kaedah ini boleh dipraktikkan kepada semua kategori pelajar termasuk usia yang berbeza
  • 关键词:Pembelajaran Berasaskan Simulasi; Pengurusan Bencana; Kursus Separa Perubatan
国家哲学社会科学文献中心版权所有