标题:Unsur Keinggerisan dalam Tajuk Utama Katalog Bercetak Versi Terjemahan Berbahasa MelayuAnglicism in the Translated Version of Headlines in Malay Printed Catalogues
期刊名称:KEMANUSIAAN : The Asian Journal of Humanities
印刷版ISSN:1394-9330
电子版ISSN:1985-8353
出版年度:2018
卷号:25
期号:1
页码:1-20
出版社:Universiti Sains Malaysia Press
摘要:Makalah ini membincangkan isu keinggerisan yang wujud dalam katalog
bercetak berbahasa Melayu versi terjemahan. Data kajian terdiri daripada 2,064 tajuk
utama yang dikutip secara manual daripada katalog bercetak Cosway dan Avon. Kajian ini
menerapkan pendekatan eklektik untuk menganalisis data kajian yang dikumpulkan. Bagi
tujuan menganalisis data, kajian ini mengaplikasikan kategori kata pinjaman Heah (1989)
dan Puteri Roslina (2012) yang diubah suai, serta definisi kata pinjaman oleh Haugen
(1972) untuk mengelaskan unsur keinggerisan yang wujud dalam tajuk utama. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa langkah penterjemahan, khususnya melalui penggunaan
prosedur peminjaman telah mewujudkan unsur keinggerisan dalam tajuk utama versi
terjemahan. Kategori kata pinjaman pula boleh dikategorikan kepada enam kategori, iaitu
kata pinjaman tidak asimilasi, kata pinjaman separa asimilasi, kata pinjaman asimilasi
lengkap, kata pinjaman asimilasi ortografi, kata pinjaman majmuk asimilasi dan kata
pinjaman asing yang dipendekkan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, implikasi
kajian ini memperlihatkan penterjemahan menyumbang ke arah kesan keinggerisan dalam
katalog bercetak versi terjemahan berbahasa Melayu, yang boleh dihuraikan daripada segi
kesan positif dan negatif.
关键词:Anglicism; loanword; media text translation; headline; printed
catalogue