首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:KERANGKA BAGI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR UNTUK LATIHAN PENGATURCARAAN KENDIRI
  • 作者:Marini Abu Bakar ; Mohd Isrul Esa
  • 期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
  • 电子版ISSN:1985-5826
  • 出版年度:2018
  • 卷号:10
  • 期号:1
  • 页码:24-37
  • 语种:Malay (macrolanguage)
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pengaturcaraan komputer merupakan satu bidang yang memerlukan kemahiran dalam mereka bentuk algoritma, memahami sintaks, menulis aturcara dan membetulkan ralat sehingga memperoleh aturcara yang dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran ini dapat dibina melalui latihan yang banyak, dalam pelbagai bentuk dan secara berterusan. Lazimnya penguasaan pelajar dalam pengaturcaraan dapat dilihat daripada bilangan latihan yang dapat diselesaikan dengan betul dan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Hasil daripada pemerhatian, kebanyakan pelajar dapat menyelesaikan masalah yang diberi semasa sesi makmal. Namun, prestasi mereka dalam ujian makmal kurang memuaskan. Keadaan ini tidak menolak kemungkinan pelajar tidak melakukan latihan kendiri secukupnya sebagai persediaan ujian makmal. Dalam persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar, pengisian jam notional sangat penting untuk memastikan pelajar bersedia untuk mengikuti kelas seterusnya. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu kerangka bagi persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar untuk kursus pengaturcaraan komputer. Persekitaran pembelajaran ini menerapkan teori konstruktivisma yang membantu pelajar membina pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman menyelesaikan pelbagai masalah aturcara. Kerangka pembelajaran ini juga diintegrasikan dengan model pembelajaran kompetitif dengan menyediakan ruang untuk pelajar bersaing sesama sendiri dalam menyelesaikan masalah pengaturcaraan.
  • 其他摘要:Pengaturcaraan komputer merupakan satu bidang yang memerlukan kemahiran dalam mereka bentuk algoritma, memahami sintaks, menulis aturcara dan membetulkan ralat sehingga memperoleh aturcara yang dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran ini dapat dibina melalui latihan yang banyak, dalam pelbagai bentuk dan secara berterusan. Lazimnya penguasaan pelajar dalam pengaturcaraan dapat dilihat daripada bilangan latihan yang dapat diselesaikan dengan betul dan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Hasil daripada pemerhatian, kebanyakan pelajar dapat menyelesaikan masalah yang diberi semasa sesi makmal. Namun, prestasi mereka dalam ujian makmal kurang memuaskan. Keadaan ini tidak menolak kemungkinan pelajar tidak melakukan latihan kendiri secukupnya sebagai persediaan ujian makmal. Dalam persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar, pengisian jam notional sangat penting untuk memastikan pelajar bersedia untuk mengikuti kelas seterusnya. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu kerangka bagi persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar untuk kursus pengaturcaraan komputer. Persekitaran pembelajaran ini menerapkan teori konstruktivisma yang membantu pelajar membina pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman menyelesaikan pelbagai masalah aturcara. Kerangka pembelajaran ini juga diintegrasikan dengan model pembelajaran kompetitif dengan menyediakan ruang untuk pelajar bersaing sesama sendiri dalam menyelesaikan masalah pengaturcaraan.
Loading...
联系我们|关于我们|网站声明
国家哲学社会科学文献中心版权所有