首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kepimpinan Politik: Pola Sokongan Pengundi Selangor Menjelang PRU14
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Mahadee Ismail, PhD ; Mansor Mohd Noor,PhD ; Muhammad Asri Mohd Ali, PhD
  • 期刊名称:Research Journal of Social Sciences
  • 印刷版ISSN:1815-9125
  • 电子版ISSN:2309-9631
  • 出版年度:2016
  • 卷号:9
  • 期号:3
  • 页码:8-19
  • 出版社:INSInet Publications
  • 摘要:Artikel ini membincangkan tentang pola sokongan pengundi Selangor terhadap tokoh kepimpinan peringkat negeri dannegara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Pada PRU ke-13, Pakatan Rakyat (PR) berjaya mempertahankan kekuasaanmereka di Selangor. Ini menunjukkan pola sokongan pengundi lebih terarah kepada tokoh kepimpinan di pihak PR. Namun begitu,berlaku krisis kepimpinan di peringkat pentadbiran negeri Selangor dan seterusnya membawa kepada perpecahan dalam PR.Krisis kepimpinan turut berlaku di peringkat nasional apabila Dr Mahathir Mohamad menarik balik sokongan terhadapkepimpinan Perdana Menteri dan mendesak Najib Razak meletakkan jawatan. Keadaan makin kritikal apabila Timbalan PerdanaMenteri digugurkan dari jawatannya. Krisis kepimpinan yang melanda di peringkat negeri dan nasional ini pasti membawa satupersepsi baru dalam kalangan pengundi. Kajian ke atas 393 pengundi Selangor menunjukkan pola sokongan semasa masihmemihak kepada PR/Pakatan Harapan (PH). Dalam pada itu, kumpulan pengundi yang masih belum membuat keputusan untukmemilih siapa pada PRU14 adalah besar. Pengundi Selangor melihat pentadbiran negeri lebih efektif berbanding denganpentadbiran peringkat nasional. Ini menunjukkan kepimpinan politik peringkat negeri lebih diterima pengundi.
  • 关键词:Kepimpinan politik; pengundi Selangor; Pilihan Raya
国家哲学社会科学文献中心版权所有