标题:Pembandaran dan kemudahterancaman isi rumah pinggir bandar raya metropolitan Kuala Lumpur (Urbanization’s vulnerability and adaptation of households in the sub-urban metropolitan of Kuala Lumpur)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2016
卷号:12
期号:14
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Pembandaran merupakan sebahagian daripada perubahan persekitaran global yang melibatkan aktiviti ekonomi, sosial dan politik penduduk. Perkembangan bandar tergambar melalui peningkatan bilangan penduduk, perubahan persekitaran fizikal, budaya serta guna tanah. Tekanan ekonomi di pusat bandar raya metropolitan mengalih tumpuan industri, perniagaan dan petempatan ke kawasan pinggiran. Selari dengan itu, pelbagai kesan positif dapat dinikmati oleh isi rumah pinggir bandar raya metropolitan (PBrM) seperti peningkatan peluang pekerjaan, kemudahan awam dan aksessibiliti yang semakin baik. Namun demikian, kepesatan pembandaran yang berlaku turut membawa bersama kemudahterancaman ( vulnerability ) manusia kepada isi rumah setempat khasnya kemudahterancaman ekonomi seperti peningkatan sewa rumah dan harga tanah. Kertas ini bertujuan mengesan pembandaran dan menganalisis kemudahterancaman ekonomi yang dihadapi oleh isi rumah PBrM. Data dikumpul dan dianalisis berdasarkan Model Pengukuran Rasch. Nilai kebolehpercayaan item bagi konstruk pembandaran dan kemudahterancaman ialah 0.86 dan 0.95. Kedua-dua nilai kebolehpercayaan ini jauh melepasi nilai minimum yang diperlukan oleh Rasch untuk membuktikan kecukupan item bagi tujuan pengukuran. Kajian ini mendapati isi rumah sangat berpuas hati dengan pembandaran yang berlaku (MNSQ = 0.91 [SE = .17]) dan kewujudan kemudahterancaman ekonomi (MNSQ = 1.00 [SE = .18]). Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara pembandaran (M = 0.66, SD = 0.18) dengan kemudahterancaman (M = 0.72, SD = 0.18) di mana nilai r = .24, p = .028.