首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Memperaga Cirian Urang Sunda dalam pelayanan homestay (Showcasing the Urang Sunda’s hospitality in homestay development)
  • 作者:Kiki Rizki Makiya ; Habibah Ahmad ; Hamzah Jusoh
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2016
  • 卷号:12
  • 期号:12
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Salah satu faktor yang dapat memberikan kepuasan terhadap pelancong adalah faktor layanan. Daripada beberapa produk pelancongan yang menyediakan layanan, salah satu daripada nya adalah pada produk akomodasi atau penginapan, di mana penginapan merupakan salah satu produk asas dalam sektor pelancongan. Dalam memberikan layanan yang baik juga dipengaruhi oleh beberapa faktor, salah satunya adalah faktor individu yang terlibat dalam layanan. Dalam kajian ini, faktor yang menjadi sorotan adalah pada lima karakteristik Urang Sunda. Oleh sebab itu, makalah ini memiliki tujuan untuk mengkaji pengaruh karakteristik Urang Sunda dalam layanan penginapan homestay. Makalah ini menilai peranan karakteristik Urang Sunda dalam tiga peringkat, iaitu Urang Sunda pada peringkat individu, Urang Sunda pada peringkat komuniti dan Urang Sunda pada peringkat sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik telah di edar kepada 300 orang responden yang menginap di homestay Urang Sunda dan responden di pilih secara rawak. Kajian ini menunjukkan bahawa karakteristik Urang Sunda nampak menonjol dalam memberikan kesan yang positif kepada pengunjung homestay. Pada masing-masing peringkat terdapat karakteristik yang lebih menonjol daripada peringkat lainnya. Hasil kajian ini juga dapat menjadi acuan kepada pihak-pihak yang terkait dalam pengembangan homestay Urang Sunda untuk menjadikan karakteristik Urang Sunda sebagai satu tarikan sebagai usaha memberikan kepuasan terhadap pelancong.
  • 关键词:Cultural; characteristics; homestay; lodging services; showcasing; Urang Sunda  
Loading...
联系我们|关于我们|网站声明
国家哲学社会科学文献中心版权所有