首页    期刊浏览 2024年12月12日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:PANDANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA DAN PELAJAR UNIVERSITAS PENDIDIKAN INDONESIA BANDUNG TENTANG ISU SOSIAL SEMASA: SATU PERBANDINGAN
  • 本地全文:下载
  • 作者:Vishalache Balakrishnan
  • 期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
  • 电子版ISSN:1985-5826
  • 出版年度:2016
  • 卷号:8
  • 期号:1
  • 页码:46-57
  • 语种:
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Isi sosial remaja global terus menjadi agenda perbincangan dan penyelidikan yang semakin penting. Kertas ini membincangkan isu-isu sosial/moral semasa yang disuarakan oleh pelajar Universiti Malaya (UM) di Fakulti Pendidikan dan pelajar Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung. Dalam menggunakan kaedah participatory action research (PAR), pelajar daripada kedua-dua universiti telah menulis isu sosial/moral yang mereka tahu atau alami dan kemudiannya membincangkan punca terjadinya isu tersebut. Kaedah ini mengaplikasikan perbincangan menggunakan dilemma kehidupan sebenar (Vishalache, 2012). Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk membuat satu perbandingan di antara isu-isu sosial khasnya dalam kalangan remaja Universiti Malaya (UM) di Malaysia dan remaja di Universitias Pendidikan Indonesia (UPI) Bandung. Seramai 15 pelajar UM dan 15 pelajar UPI terlibat dalam kajian ini iaitu termasuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Responden pelajar UM yang terlibat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Responden pelajar UPI yang terlibat semuanya adalah Melayu Jawa dan beragama Islam. Di antara isu moral yang diutarakan ialah pergaulaan bebas, seks bebas dan isu kurang sopan dalam kalangan remaja. Mereka mencadangkan ibu bapa diberikan kursus mendidik anak-anak dan sekolah memainkan peranan yang lebih aktif dalam mengatasi isu sosial dalam kalangan remaja.
国家哲学社会科学文献中心版权所有