期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
电子版ISSN:1985-5826
出版年度:2010
卷号:2
期号:2
页码:9-20
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Pengajaran dan pembelajaran bahasa asing dalam sistem pendidikan Malaysia mempunyai banyak tujuan. Antaranya ialah supaya pelajar mampu menggunakannya untuk berkomunikasi. Namun tujuan ini agak sukar dicapai sekiranya terdapat halangan psikologi dan kekangan sikap dalam pembelajaran bahasa asing dalam kalangan pelajar. Kajian-kajian tentang sikap terhadap pembelajaran bahasa asing telah dijalankan oleh pensyarah bahasa asing di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu. Kursus bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Perancis yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) ini dikategorikan sebagai bahasa asing. Makalah ini akan menganalisis secara perbandingan melalui pendekatan meta-analisis ke atas dapatan kajian-kajian tersebut serta memperlihatkan beberapa cabaran yang perlu ditangani agar dapat diamalkan oleh pengajar-pengajar bahasa asing dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat IPT. Seterusnya beberapa saranan yang boleh diterapkan juga diberikan untuk menghadapi cabaran ini dalam usaha meningkatkan motivasi pembelajaran bahasa asing demi menyahut cabaran globalisasi yang multi-bahasa dan cabaran bahasa Inggeris yang „mengancam‟ keperluan kepelbagaian bahasa. Kata kunci: sikap, pembelajaran, bahasa Arab, bahsa Mandarin, bahasa Perancis