期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2016
卷号:12
期号:8
页码:110-122
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Dalam konteks pelancongan bandar, keselamatan pelancong adalah kebimbangan penting yang boleh mempengaruhi aliran masuk pelancong antarabangsa ke banyak bandar raya di Asia. Kehadiran polis pelancong di kawasan bandar menyediakan bantuan utama kepada pelancong antarabangsa. Kejadian yang tidak diingini melibatkan pelancong sebagai mangsa memberi kesan negatif kepada industri pelancongan secara keseluruhan nya. Tidak dapat tidak , kawasan yang kerap berlaku jenayah di bandar akan berakhir sebagai "kawasan yang tidak dikunjungi" walaupun terdapat laman web pelancongan yang memperkenalkan kepentingan lokasi pelancongan ini. Boleh dikatakan, bandar-bandar yang lebih 'tua' dengan ciri-ciri warisan bandar penting menampilkan bangunan mewakili era seni bina yang berbeza. Namun, ini adalah elemen -elemen pelancongan bandar yang pihak berkuasa tempatan sangat berminat untuk mempromosi. Oleh itu, kajian ini meneliti persepsi pelancong antarabangsa dan kebimbangan mereka terhadap keselamatan dan kesejahteraan di lokasi pelancongan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Data primer diperolehi melalui soal selidik berstruktur dan temu bual seramai 201 pelancong antarabangsa yang dipilih. Hasil kajian mendap ati bahawa terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan pelancong antarabangsa di tap ak pelancongan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai langkah ke hadapan kajian ini mencadangkan agar program bandar selamat yang sedang dilaksanakan dikaji semula, diperksakan dan dijadikan lebih berkesan lagi.
其他摘要:In the context of urban tourism, tourist security and safety is an important concern that may influence inflows of international tourists to many cities including Kuala Lumpur. The presence of tourist police in urban areas would provide a major relief to international tourists. Untoward incidents involving tourists as the victims would have negative impact on the tourism industry as a whole. Inevitably pockets of crime prone areas in the city would end up as "no -go" areas even tho ugh they are important tourism sites . Frequently, these are the older parts of the city featuring heritage buildings of different architectural eras which local authorities are very keen to promote. This study examined the perceptions of international tourists and their anxiety about the security and safety of urban tourism attractions in Kuala Lumpur city centre. Primary data were gathered from questionnaire surveys and interviews o f 201 randomly sampled international tourists. The findings indicated the reality of some security and safety issues faced by the Kuala Lumpur international tourists. As a way forward the relevant authorities might need to review the city's existing crime prevention programmes, to empower them, and to make them even more effective.
关键词:jenayah bandar; pelancongan bandar; pelancongan selamat; pencegahan jenayah; Pusat Bandaraya ; Kuala Lumpur; tapak warisan bandar
其他关键词:crime prevention; Kuala Lump ur City Centre; safe to urism; urban crimes; urban heritage sites; urban ; tourism