期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2016
卷号:12
期号:7
页码:133-146
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Perkembangan pesat dunia kini menunjukkan peningkatan jumlah bandar lebih tinggi berbanding luar bandar dan sekaligus menyebabkan permintaan terhadap air bersih meningkat berlipat ganda. Bagi menilai kelestarian sumber air yang mencukupi bagi kegunaan manusia, satu pendekatan yang boleh digunakan untuk menunjukkan tahap keparahan kemarau ialah persentil Q90 dan Q95. Persentil Q90 merupakan paras amaran untuk pengurus air berkaitan paras kritikal luahan sungai dan persentil Q95 pula merupakan petunjuk luahan ekstrem. Kajian yang dijalankan di Lembangan Sungai Langat ini mendapati bilangan tahun yang telah dilanda kemarau di lembangan tersebut adalah pada paras Q90 sekitar 14 tahuan kemarau (TK) iaitu meliputi 29.2% daripada keseluruhan tempoh rekod (TR). Tahun-tahun tersebut meliputi tahun 1970, 1976-1978, 1980, 1982, 1985, 1987, 1989, 1996 -1999, 2002 dan 2006. Berbeza dengan persentil Q95, jumlah tahun yang dilanda kemarau sebanyak 4 TK (8.3% daripada TR). Tahun-tahun tersebut meliputi 1977, 1980, 2002 dan 2006. Apa yang diperhatikan, purata landaan kemarau berselang tiga tahun sekali pada paras Q90 manakala pada paras Q95, ulangan berlaku setiap 12 tahun sekali. Keadaan sensitif kesan daripada kehadiran kemarau menyebabkan usaha perbekalan air terawat kepada pengguna telah terganggu. Kepadatan penduduk yang tinggi, kepesatan proses urbanisasi dan kerencaman kitaran hidrologi menyebabkan kehadiran kemarau walaupun singkat akan mudah dirasai. Justeru, pihak bertanggungjaw ab terhadap isu pengurusan sumber air perlu memberikan perhatian sewajarnya agar tidak wujud bencana yang disebabkan oleh kemarau terutamanya kepada penduduk.
其他摘要:Accelerated urbanizatioan that comes with rapid development has resulted in a dramatic increase in the number of urban centers and inducing demand for clean water exponentially. To assess the sustainability of available water resources for human use, indicators such as Annual Cumulated Duration (ACD) and Annual Maximum Deficit Volume (AMDV) may be adopted to demonstrate the extreme drought namely the. In addition percentile Q90 and Q95 scores obtained from the flow duration curve may also be employed to express drought extremes whereby Q90 denotes moderate drought and Q95 severe drought. This stud y analysed extreme discharge indicators in the Langat River Basin. Results showed that droughts hit in around 14 years at the Q90 levels which covered 29.2% of the entire record. These included 1970, 1976-1978, 1980, 1982, 1985, 1987, 1989, 1996 -1999, 2002 and 2006. As for Q95, the number of droughts were 4 years (1977, 1980, 2002 and 2006) and covering 8.3% of the entire record period. The average recurring drought hit around every three years at Q90 and every 12 years at Q95. The droughts had disturbed water supply a situation aggravated by the high population density, rapid urbanization and the complexity of the hydrological cycle. All this resulted in episodes of even short drought. The responsible parties should thus pay due attention to the water resources management so that crises in clean water supply caused by droughts could be prevented.
关键词:bencana alam sekitar; hidrologi; kemarau; lembangan saliran; lestari; pembandaran
其他关键词:drought; environmental hazard; river basin; hydrology; sustainability; urbanization