期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2016
卷号:32
期号:1
页码:561-579
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Dalam dunia kewartawanan, sumber memainkan peranan penting dalam sesuatu berita. Wartawan bergantung kepada sumber dalam pengolahan berita mereka untuk disampaikan kepada khalayak. Sumber dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya pegawai kerajaan, pengamal industri media, golongan elit awam, para saintis, doktor, peguam, profesional atau pakar. Kategori sumber politik menjurus kepada sumber yang lebih berkait rapat dengan individu yang aktif dalam aktiviti politik termasuklah dari kalangan rakyat biasa. Artikel ini membincangkan kategori sumber yang popular yang digunakan dalam berita pilihan raya kecil pada tahun 1987, 1997 dan 2014 dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kaedah analisis kandungan telah dilakukan ke atas sebanyak 419 artikel berita pilihan raya kecil yang dipilih secara rawak. Kaedah temubual mendalam bersama enam wartawan turut digunakan untuk memperkukuhkan pemilihan sumber yang berautoriti dalam berita pilihanraya. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun ahli politik tempatan merupakan sumber utama dalam berita bingkai pilihan raya sedangkan sumber yang menjadi pilihan adalah mereka yang berautoriti dalam sesuatu isu politik
关键词:sumber berita; autoriti; kewartawanan; politik; pemilihan sumber