首页    期刊浏览 2024年12月03日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:KOS PENANAMAN (KP) DAN KOS SARA HIDUP (KSH) DALAM PERAKAUNAN ZAKAT PADI DI MALAYSIA
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Shukri Hanapi ; Zahri Hamat
  • 期刊名称:Journal of Techno-Social
  • 印刷版ISSN:2229-8940
  • 出版年度:2015
  • 卷号:7
  • 期号:1
  • 语种:English
  • 出版社:Penerbit UTHM
  • 摘要:Kajian ini bertujuan meneliti dan menganalisis kos penanaman (KP) dan kos sara hidup (KSH) dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia, sama ada ia ditolak daripada pendapatan kasar (PK) atau pun tidak. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaedah perakaunan zakat padi yang diamalkan. Ada negeri yang tidak menolak kedua-dua kos tersebut; ada pula negeri yang menolak KP sahaja; dan ada juga yang bertindak menolak kedua-duanya daripada PK. Persoalannya, kenapakah terdapat negeri yang membenarkan KP ditolak daripada PK sedangkan fatwa yang dikeluarkan oleh majoriti negeri di Malaysia tidak membenarkan KP tersebut ditolak daripada PK? Kenapakah pula terdapat negeri yang bukan sahaja membenarkan penolakan KP, malah turut ditolak KSH? Apakah asas mereka dalam hal ini? Bagi menjawab kesemua persoalan ini, perbincangan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, mengenal pasti KP dan KSH dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia; dan kedua, menganalisis KP dan KSH dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia berdasarkan pandangan fuqaha’. Berdasarkan analisis kandungan terhadap data primer dan sekunder, kajian ini mendapati kebanyakan negeri di Malaysia tidak membenarkan penolakan KP dan KSH daripada PK, kecuali empat buah negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak hanya membenarkan penolakan KP daripada PK, manakala Perlis dan Pulau Pinang bukan sahaja membenarkan penolakan KP, malah turut menolak KSH daripada PK. Meskipun berbeza dengan negeri-negeri lain, amalan perakaunan zakat padi di keempat-empat buah negeri ini masih selari dengan pandangan fuqaha’.
  • 其他摘要:Kajian ini bertujuan meneliti dan menganalisis kos penanaman (KP) dan kos sara hidup (KSH) dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia, sama ada ia ditolak daripada pendapatan kasar (PK) atau pun tidak. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaedah perakaunan zakat padi yang diamalkan. Ada negeri yang tidak menolak kedua-dua kos tersebut; ada pula negeri yang menolak KP sahaja; dan ada juga yang bertindak menolak kedua-duanya daripada PK. Persoalannya, kenapakah terdapat negeri yang membenarkan KP ditolak daripada PK sedangkan fatwa yang dikeluarkan oleh majoriti negeri di Malaysia tidak membenarkan KP tersebut ditolak daripada PK? Kenapakah pula terdapat negeri yang bukan sahaja membenarkan penolakan KP, malah turut ditolak KSH? Apakah asas mereka dalam hal ini? Bagi menjawab kesemua persoalan ini, perbincangan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, mengenal pasti KP dan KSH dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia; dan kedua, menganalisis KP dan KSH dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia berdasarkan pandangan fuqaha’. Berdasarkan analisis kandungan terhadap data primer dan sekunder, kajian ini mendapati kebanyakan negeri di Malaysia tidak membenarkan penolakan KP dan KSH daripada PK, kecuali empat buah negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak hanya membenarkan penolakan KP daripada PK, manakala Perlis dan Pulau Pinang bukan sahaja membenarkan penolakan KP, malah turut menolak KSH daripada PK. Meskipun berbeza dengan negeri-negeri lain, amalan perakaunan zakat padi di keempat-empat buah negeri ini masih selari dengan pandangan fuqaha’.
  • 关键词:kos penanaman; kos sara hidup; perakaunan; zakat; dan fuqaha’.
国家哲学社会科学文献中心版权所有