首页    期刊浏览 2024年12月05日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pola Pertembungan Bahasa dalam Komunikasi Berbahasa Melayu oleh Penutur Natif Iban
  • 本地全文:下载
  • 作者:Shahidi. A.H. ; Shirley Langgau ; Rahim Aman
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2015
  • 卷号:31
  • 期号:2
  • 页码:585-599
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kertas kerja ini bertujuan memerihalkan beberapa perkara menarik berkaitan pertembungan bahasa pertama (Bahasa Iban) dan bahasa kedua (Bahasa Melayu) yang wujud ketika penutur Iban berkomunikasi dalam bahasa Melayu standard.Penelitian ke atas realisasi vokal bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur Iban dikaji menerusi analisis spektrograf.Perbandingan pola akustik vokal ketika subjek berkomunikasi secara lisan dalam Bahasa Melayu menyerlahkan beberapa fenomena yang unik tentang fenomena pertembungan bahasa.Kajian ini mendapati bahawa wujud kecelaruan berkomunikasi (yang wujud dalam realisasi vokal tertentu) secara bipolar iaitu gangguan bahasa ibunda-tulin (GBIt) dan pencairan dua sistem (PDS) (i.e. kerancuan antara bahasa pertama dan kedua).Pola GBIt lebih bersifat fenomena konvensional dalam konteks pertembungan antara bahasa pertama dan kedua, manakala pola PDS adalah isu baru dalam kajian seperti ini. Pola PDS, bahkan, didapati lebih dominan wujud dalam data kajian ini berbanding dengan pola GBIt. Pola PDS ini juga dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu Sistem Pertengahan, Generalisasi Terlampau-besar dan Generalisasi Terlampau-kecil.Penemuan kajian ini memberi implikasi yang signifikan terhadap kajian tentang pertembungan bahasa, khususnya, terhadap pemahaman kita tentang aspek kerancuan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, di samping persepsi umum tentang bahasa serumpun Iban-Melayu serta perkembangan metod penelitian bahasa berasaskan teknologi makmal
  • 关键词:Analisis spektrograf; bahasa Iban; bahasa Melayu; ; bahasa kedua; rancu bahasa
国家哲学社会科学文献中心版权所有