首页    期刊浏览 2024年11月30日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Media dan Literasi Kesihatan: Pemilihan Susu Tumbesaran Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu
  • 本地全文:下载
  • 作者:Emma Mohamad ; Nur Afiqah Mohd Haniff ; Sabariah Mohamed Salleh
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2015
  • 卷号:31
  • 期号:2
  • 页码:83-97
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pemilihan susu tumbesaran oleh ibu bapa adalah penting bagi menjamin kesihatan yang baik dan membantu dalam proses tumbesaran anak-anak. Walaubagaimanapun, terdapat lambakan maklumat mengenai susu tumbesaran di media dan kebanyakan maklumat ini berkemungkinan tidak tepat, terutamanya jika ia datangnya dari sumber yang menjana keuntungan. Kajian ini memfokuskan kepada literasi kesihatan dalam kalangan ibu tentang khasiat susu tumbesaran anak-anak mereka. Ini melibatkan akses, pemahaman, penilaian dan aplikasi maklumat berkaitan kesihatan terhadap aspek tumbesaran anak yang mempengaruhi pemilihan susu tumbesaran anak mereka. Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan temubual fokus ke atas 25 orang ibu sebagai responden. Kajian ini juga melihat bagaimana media memainkan peranan dalam pembentukan literasi kesihatan golongan ibu terutamanya dalam aspek susu tumbesaran kanak-kanak. Model Literasi Kesihatan Sorensen digunakan dalam kajian ini bagi memandu pengkaji dalam mendalami aspek literasi kesihatan. Media pula dimasukkan dalam kajian untuk melihat bagaimana ia boleh memainkan peranan dalam pembentukkan literasi kesihatan ibu. Hasil kajian mendapati media berupaya menyumbang kepada pemahaman golongan ibu terutama melalui maklumat yang dipaparkan. Namun begitu, kebolehan responden untuk mengakses, memahami dan menilai maklumat kesihatan dalam media dengan baik tidak menjamin guna kait maklumat tersebut dalam tingkah laku kesihatan
  • 关键词:Health communication; health literacy; formula milk; ; fresh milk; media
国家哲学社会科学文献中心版权所有