首页    期刊浏览 2024年11月30日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Penyertaan Digital dan Ciri Keusahawanan dalam Pemerkasaan Usahawan Wanita di Malaysia
  • 本地全文:下载
  • 作者:Faradillah Iqmar Omar ; Samsudin A. Rahim ; Ali Salman
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2015
  • 卷号:31
  • 期号:1
  • 页码:241-256
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Perniagaan atas talian telah menjadi satu fenomena dalam kalangan usahawan wanita khususnya. Dengan pelbagai aplikasi yang dapat diakses melalui internet, ia menjadikan sesebuah perniagaan itu berkembang secara lebih global. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana penyertaan digital melalui pelbagai aplikasi atas talian mempengaruhi pemerkasaan usahawan wanita. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan faktor penyertaan digital dan ciri-ciri keusahawanan atas talian yang berperanan memperkasakan usahawan wanita. Soal selidik telah diedarkan melalui dua kaedah iaitu secara bersemuka dan secara atas talian (online survey) kepada seramai 402 responden wanita yang berumur 18 hingga 50 tahun. Responden wanita yang ditemu bual dan mengisi soal selidik secara atas talian adalah mereka yang menjalankan perniagaan atas talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi internet. Hasil kajian mendapati 74% responden telah menjadikan internet sebagai sumber mencari maklumat berkenaan keusahawanan dan 86% responden secara aktif berhubung dengan pelanggan melalui internet. Dengan menggunakan analisis ujian regresi pelbagai, hasil kajian juga mendapati pemerkasaan usahawan wanita banyak dipengaruhi oleh risiko perniagaan dan inovasi produk sebagai penyumbang utama. Walau bagaimanapun, penyertaan digital juga memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pemerkasaan usahawan wanita melalui aktiviti komunikasi perniagaan dan pencarian sumber maklumat melalui internet.
  • 关键词:Penyertaan digital; internet; keusahawanan; ; pemerkasaan wanita; penyertaan
国家哲学社会科学文献中心版权所有