首页    期刊浏览 2025年02月27日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Keperluan Pembaca Remaja Terhadap Kandungan Akhbar
  • 本地全文:下载
  • 作者:Akmar Hayati Ahmad Ghazali ; Siti Zobidah Binti Omar
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2014
  • 卷号:30
  • 期号:Special Issue
  • 页码:17-28
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Akhbar menyediakan pelbagai maklumat yang dapat memperkayakan pengetahuan individu jika membacanya. Tren pembacaan akhbar khususnya remaja suatu ketika dahulu sangat memberangsangkan tetapi kini mula menampakkan penurunan. Pada tahun 2008, peratusan remaja yang membaca akhbar adalah sebanyak 54% tetapi menurun kepada 38% pada tahun 2011 dan 32% pada 2013. Berpandukan kepada statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa remaja kini semakin kurang membaca. Tren menunjukkkan wujudnya jurang penerimaan akhbar yang ketara dalam kalangan golongan remaja. Penerimaan remaja terhadap akhbar ini menurun berasaskan kepada kandungan akhbar dikatakan kurang memenuhi keperluan mereka. Justeru, keperluan pembaca remaja terhadap akhbar perlu dikaji oleh organisasi media memandangkan ia adalah asas kepada penyediaan maklumat umum kepada pembaca khususnya remaja dan juga menentukan masa hadapan penerbitan akhbar itu sendiri. Berdasarkan kepada teori Kegunaan dan Pemuasan yang telah diutarakan oleh Katz, Haas dan Gurevitch (1973), kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor keperluan remaja terhadap akhbar.
  • 关键词:Akhbar; keperluan; penerimaan; remaja; berita
国家哲学社会科学文献中心版权所有