首页    期刊浏览 2024年11月30日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Strategi Membina Dan Mengekalkan Hubungan Antara Kerajaan Dengan Rakyat Melalui Laman Sesawang
  • 本地全文:下载
  • 作者:Muhamad Fadhli Bin Zainul Abidin ; Emma Mirza Wati Mohamad ; Muhammad Harya Ramdhoni
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2012
  • 卷号:28
  • 期号:2
  • 页码:113-136
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana kementerian di Malaysia mempraktikkan strategi pengekalan hubungan dalam laman sesawang rasmi mereka dan sejauh mana ia digunakan untuk membina dan mengekalkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat. Kajian ini turut berhasrat untuk mengenal pasti sama ada wujud perbezaan penggunaan strategi pengekalan hubungan menerusi laman sesawang antara kementerian yang berbeza fungsi dan peranannya. Enam strategi pengekalan hubungan yang dikemukakan oleh Hon dan Grunig (1999) digunapakai sebagai pembolehubah dalam kajian iaitu akses, positiviti, keterbukaan, jaringan, perkongsian tugasan dan jaminan. Bagi membolehkan kesemua strategi ini dikaji secara kuantitatif, pengkaji telah mengkategori 26 indikator di bawah enam strategi pengekalan hubungan. Data yang diperolehi daripada analisis kandungan ke atas 20 laman sesawang rasmi kementerian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif terhadap data kajian menunjukkan bahawa keenam-enam strategi digunakan oleh semua kementerian pada tahap yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, terdapat satu kementerian yang dikesan tidak mengaplikasikan tiga strategi iaitu strategi jaringan, perkongsian tugasan dan jaminan.
  • 关键词:Strategi; Kementerian; Kerajaan; Rakyat; Laman ; Sesawang.
国家哲学社会科学文献中心版权所有