期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2012
卷号:28
期号:1
页码:121-136
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Makalah ini adalah mengenai komunikasi dalam menghapuskan masalah-masalah dalam organisasi penjagaan kesihatan dan menyediakan penyelesaian untuk mempertingkatkan kepuasan hati pesakit, keupayaan dan keberkesanan hospital-hospital. Reka bentuk penyelidikan ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Subjek penyelidikan terdiri daripada populasi seramai 175 orang jururawat di salah sebuah hospital di Malaysia. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pertimbangan pemimpin dengan komitmen berterusan, pertukaran komunikasi dengan komitmen berkesan, tingkah laku komunikasi dua hala dengan komitmen berkesan dan komitmen berterusan. Komitmen berkesan dilihat banyak bergantung kepada pertukaran komunikasi dan tingkah laku komunikasi dua hala berbanding komitmen berterusan yang lebih dipengaruhi oleh pertimbangan pemimpin dan tingkah laku komunikasi dua hala. Secara teorikalnya, dapatan penyelidikan ini dilihat menyokong Teori Pertukaran Pemimpin- Ahli atau Leader-Member Exchange Theory atau Teori LMX, yang digunakan dalam penyelidikan komunikasi kepimpinan
关键词:pertimbangan pemimpin; pertukaran komunikasi; ; komitmen organisasi; komunikasi dua hala; pertukaran ; komunikasi