摘要:Kajian ini dijalankan untuk mengetahui keupayaan dan kepuasan pelajar dalam penyediaan untuk alam pekerjaan yang dilakukan dalam program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Borang soal selidik dihantar kepada semua pelajar tahun akhir Pusat Pengajian dan 128 daripada mereka telah memberi jawapan. Hasil kajian menunjukkan untuk komponen program, responden sangat berpuas hati dengan kualiti tenaga akademik, diikuti dengan kualiti rakan pelajar, kandungan kurikulum dan keseluruhan persekitaran pembelajaran. Dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran umum, dan amalan kebaikan yang mereka terima. Responden menyatakan aras keupayaan yang tinggi dalam pelbagai bidang termasuk bahasa, Inggeris dan Bahasa Melayu, kemahiran interpersonal, teknologi maklumat dan kemahiran penyelidikan, dan kemahiran bekerja yang didapati melalui sangkutan latihan industri. Walau bagaimanapun, responden menilai keseluruhan pengalaman akademik adalah sederhana. Hasil kajian ini menunjukkan kandungan kurikulum perlu dinilai semula untuk memperbaiki/menambah baik kualiti program yang ditawarkan dalam menyediakan pelajar untuk memenuhi permintaan pasaran kerja
其他摘要:This study was conducted to gauge students’ competency and satisfaction in employment preparation within programmes offered by the School of Biosciences and Biotechnology, at the Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). A survey questionnaire was distributed to all final year students of the School and 128 of them responded. The results showed that for the programme components, respondents were most satisfied with the quality of academic staff, followed by the quality of fellow students, curricular contents and overall learning environment. In terms of knowledge, general skills, and virtues they received, the respondents expressed high competency levels in various areas which include the languages, English and Bahasa Melayu, interpersonal skills, information technology and research skills, and work related skills gained through industrial training attachment. However, respondents rated the overall academic experience to be of average standing. These findings indicated that the curricular contents need to be reviewed to improve/enhance the quality of the programmes offered in order to prepare students for demanding expectations of the job market.