首页    期刊浏览 2024年12月03日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Persekitaran Maklum Balas sebagai Penentu Efikasi Kendiri Pengajaran Pensyarah Politeknik
  • 其他标题:Feedback Environment as Determinants of Polytechnic Lecturers Teaching Self Efficacy
  • 本地全文:下载
  • 作者:LING YING LEH ; ABDUL GHANI KANESAN ABDULLAH ; AZIAH ISMAIL
  • 期刊名称:Jurnal Pendidikan Malaysia
  • 印刷版ISSN:2180-0782
  • 出版年度:2015
  • 卷号:40
  • 期号:2
  • 页码:101-109
  • 出版社:National University of Malaysia
  • 摘要:Maklum balas perlu disalurkan bukan sahaja secara formal, malah secara tidak formal dan berterusan dalam setiap organisasi pendidikan. Hal ini bertujuan untuk membantu pengikut agar jelas dengan jangkaan prestasi pemimpin dan standard piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi. Kewujudan budaya persekitaran maklum balas yang positif perlu ditekankan dalam setiap organisasi bagi memupuk potensi pengikut dan meningkatkan prestasi kerja demi kepentingan individu dan organisasi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal yang terbaik daripada persekitaran maklum balas terhadap efikasi kendiri pengajaran. Sebanyak 247 orang responden kajian terdiri daripada pensyarah-pensyarah politeknik dalam Kategori 1 telah dipilih secara rawak dari negeri Pulau Pinang, Terengganu, dan Sarawak. Data kajian pula diperoleh dengan menggunakan satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian termasuk bahagian profil responden dan soal selidik yang telah diadaptasikan daripada soal seldik Feedback Environment Scale (FES) (2004) dan Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSE) (2001) yang terdiri daripada tujuh skala Likert. Kedua-dua soal selidik telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu dan mempunyai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha setinggi .920 bagi FES dan .931 bagi TSE. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan kaedah regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua dimensi persekitaran maklum balas dan efikasi kendiri pengajaran mempunyai hubungan korelasi yang positif dan signifikan antara satu sama lain. Hasil kajian turut mendapati terdapat enam pemboleh ubah, iaitu kebolehpercayaan sumber maklum balas, kualiti maklum balas, penyampaian maklum balas, maklum balas tidak membina, ketersediaan sumber maklum balas, dan menggalakkan maklum balas muncul sebagai peramal yang signifikan terhadap efikasi kendiri pengajaran. Dapatan juga menunjukkan bahawa dimensi maklum balas tidak membina sebagai faktor peramal terbaik terhadap peningkatan efikasi kendiri pengajaran dalam organisasi pendidikan. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pemimpin untuk menekankan pembangunan persekitaran maklum balas di tempat kerja bagi meningkatkan efikasi kendiri pengajaran dalam kalangan tenaga pengajar demi melahirkan modal insan berkualiti dan berketerampilan sesuai dengan kehendak pasaran
  • 其他摘要:Feedback should be delivered not only formally but also informally ongoing basis in every education organization. It aims to help the followers to be clear with expected performance of the leader and the standards set by the organization. The cultural existence for positive feedback environment should be emphasized in every organization to foster the potential of the followers and enhance the work performance for the benefit of individuals and organization. Thus, this study aims to identify the best predictive factor of the feedback environment on self-efficacy of teaching. A total of 247 respondents from Polytechnic lecturers in Category 1 were randomly selected from the state of Penang, Terengganu and Sarawak. The data obtained using a questionnaire consisting of three parts, including the profile of the respondents and the questionnaires of Feedback Environment Scale (FES) (2004) and the Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSE) (2001) which comprises seven Likert Scale. Both questionnaires have been translated into Malay language and has a high Cronbach’s Alpha reliability coefficient for FES and TSE. The data obtained were analyzed using multiple regression method. The study shows that all the dimensions of feedback environment and self-efficacy of teaching in a positive and significant relationships with each other. The result also found that there are six variables of feedback environment which are feedback credibility, feedback quality, feedback delivery, unfavorable feedback, feedback availability, and promoting feedback seeking as a significant predictor of self-efficacy of teaching. The results also showed the unfavorable feedback as the best predictor of self-efficacy of teaching. The results of the study can be used by leaders to emphasize the development of feedback environment in the workplace to improve self-efficacy of teaching among the educators in order to produce the quality and competent human capital in accordance with the market requirements
  • 关键词:Persekitaran maklum balas; maklum balas tidak membina; efikasi kendiri pengajaran
  • 其他关键词:Feedback environment; unfavorable feedback; self-efficacy of teaching
国家哲学社会科学文献中心版权所有