摘要:Guru pelatih perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Proses ini akan membawa mereka berhadapan kesukaran semasa melaksanakan aktiviti tersebut. Sehubungan itu, kajian ini mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifi kan antara persepsi guru pelatih seramai 173 terhadap latihan mengajar dengan aktiviti dan kesukaran melaksanakannya semasa menjalani latihan mengajar dalam usaha membentuk guru novis. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifi kan antara persepsi terhadap latihan mengajar dan kesukaran melakukan aktiviti yang disenaraikan semasa latihan mengajar. Hubungan ini menunjukkan bahawa jika responden mempunyai persepsi yang positif terhadap latihan mengajar, maka mereka merasa mudah untuk melakukan aktiviti semasa latihan mengajar dan begitulah sebaliknya. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifi kan dari segi persepsi terhadap latihan mengajar dan kesukaran melakukan aktiviti atau mengatasi masalah yang dihadapi. Guru pelatih didapati mempunyai persepsi yang positif terhadap latihan mengajar dan menyatakan tidak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti semasa latihan mengajar. Hal ini merupakan satu situasi yang amat memberangsangkan dalam usaha kita melahirkan guru-guru novis yang bermutu dan akan mendidik anak bangsa pada masa depan.
其他摘要:Trainee teacher will be exposed to a variety of teaching and learning activities inside and outside the classroom. This process will bring them face diffi culties when implementing these activities. Accordingly this study identifi es whether there is a signifi cant relationship between the perception of a total of 173 trainees for teaching practice and diffi culties in implementing activities during their teaching practice in an effort to novice teachers. The fi ndings show that there is a signifi cant negative relationship between the perceptions of teaching practice and diffi culty performing activities listed during teaching practice. This relationship suggests that if respondents have a positive perception of teaching practice, they fi nd it easy to do activities during teaching practice and vice versa. The results also show a signifi cant difference in terms of the perception of teaching practice and diffi culty performing activities or solve the problems faced. Novice teachers found to have a positive perception of teaching practice and expressed no diffi culties in performing activities during teaching practice. This is a situation which is encouraging in our efforts bore novice teacher quality and will educate our children in the future.
关键词:Guru pelatih; guru novis; latihan mengajar; aktiviti pengajaran dan pembelajaran; pendidikan negara