摘要:Kajian ini dilakukan untuk mengkaji pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) terhadap pencapaian pelajar di tingkatan 4 bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini melibatkan dua set modul, iaitu modul PBP dengan scaffolding dan modul PBP sedia ada (Unit Intel). Modul PBP dengan scaffolding direka bentuk dan dibangunkan dengan menekankan secara spesifi k strategi pengajaran scaffolding, manakala modul PBP sedia ada menggunakan templat perancangan Unit Intel. Reka bentuk kajian ialah kajian kuasi dengan reka bentuk kumpulan kawalan tak seimbang yang melibatkan satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 47 orang pelajar tingkatan 4, di dua buah sekolah di daerah Kerian, Perak, masing-masing 27 orang pelajar kumpulan rawatan dan 20 orang pelajar kumpulan kawalan. Pengujian statistik yang dilaksanakan ialah analisis kovarian (ANCOVA) pada aras signifi kan p < 0.05. Analisis ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifi kan bagi tahap pencapaian bagi kumpulan rawatan dengan kekuatan hubungan antara pendekatan dan pencapaian sebanyak ω2 = 0.58. Hal ini menunjukkan bahawa min kumpulan rawatan mengatasi sebanyak 58 peratus daripada kumpulan kawalan. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan PBP dengan scaffolding boleh membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka. Oleh itu, disyorkan supaya PBP dengan scaffolding diaplikasikan di dalam bilik darjah sebagai satu daripada pendekatan alternatif kepada pembelajaran yang berteraskan teknologi seperti mata pelajaran TMK.
其他摘要:This study was conducted to examine the implementation of project-based learning approach (PjBL) on the achievement of students in form 4 in the Information and Communication Technology (ICT) subjects. The study involved two sets of modules, modules PjBL with scaffolding and an existing module (Intel Unit Plan). PjBL with scaffolding module is designed and developed with an emphasis on specifi c instructional strategies, scaffolding and existing PjBL module using the Intel Unit planning templates. The research design was nonequivalent control group design quasi experimental, involving one treatment group and one control group. The sample consisted of 47 students from form 4, in two schools in the Kerian district, respectively 27 students in the treatment group and 20 students in the control group. Statistical test performed was an analysis of covariance (ANCOVA) at the signifi cance level p < 0.05. ANCOVA analysis showed that there were signifi cant differences in the level of treatment group achievements with strength of the relationship between the approach and the achievement, ω2 = 0.58. This indicates that the mean of the experimental group over 58% percentage the control group. In conclusion, the results show that the PjBL with scaffolding approaches can help students to improve their achievement. Therefore, it is recommended that technology-based learning such as ICT subjects, applying the PjBL with scaffolding as one of the alternative teaching methods.
关键词:Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK); pembelajaran berasaskan projek (PBP); scaffolding; kajian kuasi;eksperimen
其他关键词:Information and communication technology (ICT); project-based learning (PjBL); scaffolding; quasi;experimental