摘要:Kajian ini, memberi tumpuan dalam aplikasi penggunaan strategi pembelajaran melalui projek multimedia menerusi penceritaan digital dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menganalisis novel bahasa Melayu tingkatan tiga. Reka bentuk kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual semi-struktur dan bukti dokumen. Hasil kajian mendapati pembelajaran berasaskan projek multimedia dalam menghasilkan penceritaan digital multimedia dapat memotivasikan pelajar, mewujudkan pembelajaran yang bermakna, meningkatkan pemahaman dan pencapaian serta kreativiti pelajar. Justeru, hasil kajian ini menyokong pendekatan teknologi penceritaan digital sememangnya sesuai digunakan untuk meningkatkan pemahaman P&P Komsas Bahasa Melayu.
其他摘要:The research is focusing on applying learning strategy through multimedia project via digital story telling in assisting students to acquire the skill in analysing form Malay Language novel. The research was designed applying qualitative methodology. Two types of techniques, the semi structured interview and content analysis are implemented. The findings of the research emphasizes that multimedia project-based learning applying the digital story telling motivates students’ learning, encourages meaningful learning, improves students’ understanding, enhances students’ achievement and creativity. Hence, the research outcome advocates multimedia learning applying digital story telling which enhances students’ understanding in the teaching and learning of literature component (Komsas) Malay Language.