摘要:Isu ketidakstabilan dalam institusi perkahwinan orang Melayu menjadi satu isu yang hangat dibincangkan khususnya sekitar 1950an hingga 1970an. Kadar perceraian yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa itu telah menarik perhatian pelbagai pihak. Namun, kajian mengenai perkahwinan dan perceraian masih sangat kurang dilakukan oleh para sejarawan. Untuk mengisi jurang ini, kajian ini diketengahkan dengan memberi tumpuan khusus kepada masyarakat Melayu di negeri Terengganu sekitar tahun 1950an hingga 1970an. Tujuan kajian ialah untuk menganalisa permasalahan yang timbul dalam institusi perkahwinan masyarakat Melayu Terengganu serta mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca permasalahan tersebut. Turut dibincangkan ialah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Pejabat Agama Negeri Terengganu dalam menangani permasalahan ini. Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan arkib dan perpustakaan untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perkahwinan dan perceraian orang Melayu di Terengganu dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor ekonomi dan sosial.
关键词:orang Melayu; perceraian; perkahwinan; sejarah sosial;sejarah Terenggan