首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Ortografi Multigrafik dan Nilai Sosial dalam Wacana Iklan Produk Kecantikan Berbahasa Jepun
  • 本地全文:下载
  • 作者:Maserah Shabudin dan Idris Aman
  • 期刊名称:Wacana Seni Journal of Art Discourse
  • 印刷版ISSN:1675-3410
  • 电子版ISSN:1985-8418
  • 出版年度:2013
  • 卷号:12
  • 出版社:Universiti Sains Malaysia Press
  • 摘要:Di dalam strategi periklanan produk kecantikan di Jepun, dengan keistimewaan, keunikan dan kelebihan memiliki tiga jenis ortografi utama, iaitu kanji, hiragana, katakana dan termasuklah alfabet Roman dalam sistem penulisan bahasa Jepun, pewacana telah memanfaatkan semaksimum dan sekreatif mungkin ortografi-ortografi tersebut dalam menghasilkan sesuatu wacana iklan. Makalah ini membincangkan mekanisme ortografi multigrafik yang memanifestasikan nilai oksidentalisasi dalam 24 teks iklan kajian. Daripada analisis dan interpretasi, nilai oksidentalisasi ini bukan sahaja dijelmakan dalam pelbagai bentuk kata serapan asing, seperti bahasa Inggeris, Perancis dan Itali yang berbentuk multilingual" malah dalam bentuk "multigrafik" dengan memanfaatkan empat bentuk ortografi yang setiap satunya mempunyai ciri grafik yang berbeza, iaitu hiragana, katakana, kanji dan alfabet Roman. Pemanfaatan multilingual dalam bentuk ortografi multigrafik dalam wacana iklan ini bukan sahaja bertindak sebagai corak, hiasan, penekanan dan sentuhan imej luar bagi menonjolkan kelainan untuk meraih perhatian khalayak, tetapi memberikan imej dan atmosfera yang berprestij, simbol kepada kemodenan, mudah menembusi pasaran antarabangsa dan lebih kompetitif. Kehadiran kata serapan asing khususnya bahasa Inggeris dalam bentuk ortografi katakana dan alfabet Roman, memberikan aura dan suasana yang "segar," eufemisme, lebih versatil, bergaya, mengikut peredaran semasa (fashionable), kebolehpercayaan saintifik dan futuristik, serta yang lebih utama "pelengkap" kepada sistem penulisan bahasa Jepun itu sendiri
  • 关键词:ortografi multigrafik; kata serapan asing; wacana iklan; produk kecantikan; ; bahasa Jepun
国家哲学社会科学文献中心版权所有