首页    期刊浏览 2024年12月02日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Tahap kebisingan trafik dan kesannya terhadap persekitaran pengajaran-pembelajaran sekolah di pusat bandar Kuala Terengganu (Traffic noise and its impact on school teaching and learning environment in Kuala Terengganu city center)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Rohayu Arifin ; Mohmadisa Hashim ; Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2015
  • 卷号:11
  • 期号:4
  • 页码:10-23
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Bunyi bising merupakan satu perkara yang paling mengganggu kehidupan seharian penduduk berbanding dengan pencemaran lain, termasuk kebisingan trafi di pusat bandar . Kajian ini bertujuan mengenal pasti aras kebisingan trafik dan menilai persepsi guru terhadap tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas empat buah sekolah di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu. Cerapan terhadap tahap kebisingan trafik dilakukan menggunakan Integrating Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument, di luar pagar, di dalam pagar dan juga di bangunan yang paling hampir dengan jalan raya pada hari bekerja dan tidak bekerja, di sebelah pagi, tengah hari dan petang. Hasil kajian mendapati bahawa aras kebisingan yang dicatatkan di kesemua sekolah yang terlibat adalah melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), iaitu 65 dBA. Secara purata, SK Paya Bunga dan SM Agama Sultan Zainal Abidin mencatatkan aras kebisingan tertinggi berbanding sekolah lain khususnya pada hari bekerja. Berdasarkan kaji selidik, para guru mendapati bahawa kebisingan trafik memberi kesan kepada tingkah laku pelajar serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, penglibatan dan keprihatinan daripada pihak yang berwajib berserta penguatkuasaan undang-undang adalah perlu bagi menyelesaikan masalah ini di samping mempertingkat serta menambahbaik infrastruktur sekolah khususnya bilik darjah agar pelajar dapat belajar dengan tenang tanpa gangguan kebisingan trafik di jalan raya
  • 关键词:decibel; kebisingan trafik; Leq; pengajaran & pembelajaran; persekitaran sekolah; pusat Bandar Kuala ; Terengganu
国家哲学社会科学文献中心版权所有