标题:RESOURCE PAPER Peranan Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK) dalam pembangunan komuniti: Suatu pemerhatian awal (The Role of Community-Based Organization (CBO) in community development: A preliminary observation)
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2015
卷号:11
期号:3
页码:53-60
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kewujudan Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK) dilihat sebagai asas kepada pembangunan komuniti yang didorong oleh anggota komuniti itu sendiri. Entiti tersebut diiktiraf memainkan peranan penting dalam membangunkan komuniti setempat menerusi promosi penglibatan komuniti dan tindakan kolektif ahli komuniti dalam menangani masalah setempat serta memenuhi defisit keperluan komuniti dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan hidup. Berlandaskan kepada potensi besar OBK dalam melengkapi inisiatif pembangunan komuniti dan peranan pentingnya dalam memacu pembangunan setempat serta merealisasikan landskap pembangunan yang dipacu oleh komuniti, maka, fokus artikel ini ialah meneliti ciri-ciri asas sebuah OBK serta peranan organisasi tersebut dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti
关键词:Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK); pembangunan komuniti; peranan OBK; pembangunan ; didorong oleh masyarakat; penglibatan komuniti; tindakan kolektif